Langkau ke kandungan utama

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

dari ChangkatNingkeBTP

PENGENALAN

Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara.

Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama.

Menurut D.Robertson (1993), perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat.

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara.

Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara.


Latar Belakang Perlembagaan Malaysia

Kewujudan perlembagaan negara telah melalui liku-liku sejarah dan perjuagan yang getir. Setelah Jepun mengaku kalah dan tamatnya Perang Dunia II, penjajah British kembali semula ke Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera British (BMA). Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946.

Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memaksa Penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London. Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dipengerusikan oleh Lord Reid. Perlantikan orang luar sebagai penggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu dibuat agar cadangan perlembagaan itu tidak berat sebelah.

Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah Melayu, baik dari kalangan parti politik, badan awam dan orang perseorangan. Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131 cadangan dari kalangan penduduk Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru bersama dengan perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, dan dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka.

Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia, dimana dengannya Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara1(1) dan Perkara(2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diistytiharkan pada 16 September 1963.

KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja yang tertinggi. Malah tiada siapapun yang mempunyai kuasa yang boleh mengisytiharkan bahawa semua undang-undang yang dibuatnya itu sebagai tidak sah.

Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai satu perlembagaan yang agak tegar. Parlimen Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia menentukan dengan nyata perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Persekutuan dan Negeri. Maka undang-undang yang dibuat di luar bidang kuasa perlembagaan adalah tidak sah. Di sini pihak mahkamah bolehlah mengisytiharkan bahawa undang-undang itu sebagai tidak sah.

Jika Parlimen Malaysia tidak tertinggi dan undang-undang boleh dibatalkan oleh mahkamah, maka mahkamahlah yang tertinggi? Mahkamah adalah tertinggi dalam erti kata bahawa mempunyai hak, malah kewajipan untuk membatalkan sebarang Akta dan Enakmen/Ordinan yang telah dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang di luar dari bidang kuasa ataupun bercanggah dengan apa yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Jika Akta dan Enakmen/Ordinan itu dibuat selaras dengan apa yang telah diperuntukkan kepada mereka, maka mahkamah tidak ada kuasa menolaknya.

Siapakah yang Tertinggi di Malaysia

Yang Di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di Malaysia. Ini jelas sepertimana yang terkandung dalam lafaz sumpah baginda yang dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja.

Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan, dan dari segi pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat Jemaah Menteri(Kabinet).

Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal. Ternyata bahawa terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan. Bahawa doktrin absah yang terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen, kerajaan atau badan-badan lain yang tertinggi, tetapi bahawasanya Perlembagaanlah yang tertinggi.




KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menurut Tun Mohamed Suffian(1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:

1. Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
2. Sebagai negara raja berperlembagaan
3. Sebagai negara demokrasi berparlimen.
4. Parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.
5. Memperuntukkan ketinggian perlembagaan
6. Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan.
7. Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malysia iaitu pada 16 September 1963. Perlembagaan ini mengandungi 15 Bahagian(Parts), 183 Perkara (Articles) dan 13 Jadual (Schedules).

Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Malaysia merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.

Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukkan perlu.

Di dalam Jadual Kelapan, peruntukan-peruntukan telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I mengandungi peruntukan tetap dan peruntukan kewangan. Bahagian II pula mengandungi peruntukan sementaaara sebagai alternatif kepada peruntukan Bahagian I.

Negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlembagaan daripada perlembagaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963. Di bawah Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perlembagaan semua negeri dikehendaki mengandungi 'peruntukan-peruntukan perlu' seperti yang dinyatakan dalam Jadual.



Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga memperuntukkan Bahagian VI (perkara 73-95E) dalam hal perrhubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Pindaan Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia, seperti juga perlembagaan bertulis lain, boleh dipinda dengan cara yang berbeza.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia boleh dipinda menurut Perkara 159 dan 161E perlembagaan itu sendiri.

Tiga cara perlembagaan ini boleh dipinda iaitu:

1. Setengah-setengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen.

2. Setengah-setengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen.



3. Setengah-setengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa berkehendakkan persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen, seperti Perkara 159(4).

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dipinda banyak kali. Semenjak terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963, perlembagaan ini telah beberapa kali dipinda.


KESIMPULAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil mempunyai sebuah perlembagaan. Sekali imbas adalah sukar untuk memikirkan mengapa peraturan perlembagaan yang serumit itu perlu dan bagaimana ia dapat dijalankan. Apabila kita melihat sejarah negara, maka tidaklah sukar untuk memahami dan menyedari mengapa perlembagaan negara kita merupakan satu dokumen yang panjang. Adalah menjadi tugas setiap warganegara mempertahankan kedaulatan perlembagaannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PRN Melaka 2026 — Analisis setakat 9 November 26

BN berada di landasan untuk kekal sebagai kuasa terbesar di Melaka. Unjuran asas saya ialah BN 21 kerusi, PH 5 dan PN 2, menjadikan Muafakat Melaka 23 daripada 28 kerusi. Pertarungan yang paling menarik ialah sama ada PN boleh mengambil Bukit Katil daripada PH, sama ada PH boleh mengambil Paya Rumput yang dilepaskan BN kepada PN, dan sama ada BERSATU boleh menembusi Sungai Udang atau Pantai Kundor . SPR mengesahkan 79 calon bagi 28 kerusi. Majoriti mudah ialah 15 kerusi , manakala dua pertiga memerlukan 19 kerusi . Undi awal berlangsung pada 10 November dan pengundian pada 14 November. Unjuran ini menggunakan keputusan 2021, senarai calon muktamad dan laporan lapangan yang diterbitkan sehingga 9 November. Angka di bawah ialah penilaian kerusi secara kualitatif. Kadar pemindahan undi dan perbezaan kadar keluar mengundi masih menjadi ketidakpastian utama. spr.gov.my Apa yang kelihatan di lapangan Hisommudin Bakar dari Ilham Centre melaporkan pada 9 November bahawa gerak kerja BN–PN l...

UNISEL Dah Masuk Ranking Asia. MPU Masih Boleh Biasa-Biasa?

Cuba bayangkan dua berita tentang kampus sampai pada hari yang sama. Satu, UNISEL naik satu anak tangga dalam ranking Asia Tenggara. Satu lagi, mahasiswa akhirnya berjaya meyakinkan pengurusan supaya laluan ke dewan kuliah boleh digunakan oleh pelajar berkerusi roda. Berita pertama senang dijadikan poster. Berita kedua mengubah cara seseorang sampai ke kelas. Bila nama Universiti Selangor (UNISEL) masuk QS Asia edisi 2026 , dalam kelompok 1,101–1,200 , ada yang mungkin tanya, “Nombor macam itu pun nak diraikan?” Ya, saya rasa sangat patut. Dalam senarai Asia Tenggara , UNISEL pula bergerak daripada kedudukan bersama ke-173 pada edisi 2026 kepada kedudukan bersama ke-172 pada edisi 2027 . Kita boleh gembira dengan langkah itu. Tahniah kepada semua yang terlibat dan menyumbang. Ianya sangat tidak mudah, penuh cabaran, dugaan dan mehnah. Ini baharu tahun ke-2 Unisel mencabar diri. Cukup boleh dibanggakan. Cuma selepas ucapan tahniah, elok kita tanya soalan yang lebih susah. Apa yang mesti...

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :