Langkau ke kandungan utama

DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

dari ChangkatNingkeBTP

PENGENALAN

Bagi rakyat, Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara. Rakyat sendiri terlbat secara langsung dalam meilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyat menerusi satu pilihan raya umum. Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskan kepada prinsip demokrasi.

Apa itu Parlimen dan Pilihan Raya?

Menurut D. Robertson (1993), secara amnya Parlimen merupakan satu perhimpunan perundingan (consultive assembly). Kebanyakan Parlimen hari ini mempunyai ahli yang dipilih dengan tugas meneliti, mengawal dan adakalanya memilih kuasa eksekutif. Parlimen ini berfungsi membuat undang-undang/akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam/kerajaan.

Pilihanraya sebagai satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu. Pilihanraya boleh dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. Pilihan raya merupakan salah satu kaedah daripada berbaga-bagai cara pemilihan, dan ia menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke-20.

Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.

Demokrasi Berparlimen

Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Perjalanan demokrasi berparlimen ini agak lambat dan membebankan kerajaan dan rakyat. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat dari tiap-tiap lapisan masyarakat.

Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. Kerajaan yang berlandaskan demokrasi berparlimen akan terus kekal diterajui oleh pemimpin yang dipilih dan didukung oleh rakyat.

Latar Belakang Kewujudan Parlimen dan Parlimen di Malaysia.

Kerajaan berperwakilan/berparlimen telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya dalam tahun 1909, apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan, iaitu bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).

Majlis Persekutuan ini mengalami sedikit perubahan dalam tahun 1927. Bentuk asal majlis ini dikekalkan, tetapi Raja/Sultan tidak menjadi ahli lagi dan digantikan dengan lebih ramai wakil yang dilantik dari berbagai-bagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British.

Pada 1 Februari 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan dan diberi nama Sistem Ahli (Member System). Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet dengan ahli-ahli yang mngetuainya bersifat sebagai seorang menteri. Ini merupakan satu langkah positif dan ia merupakan satu peralihan pentadbiran yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya.

Dalam tahun 1995, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah dipinda. Pindan itu dibuat bagi membolehkan pilihan raya umum bagi memilih ahli Dewan Undangan Persekutuan untuk menambah keahlian Dewan tersebut. Ahli Dewan Undangan Persekutuan tahun 1955 terdiri dari 98 orang ahli: 52 dipilih dan 46 dilantik. Parlimen sepertimana yang kita ketahui pada hari ini wujud hasil dari pilihan raya umum yang diadakan pada 19 Ogos 1959.

Struktur dan Keanggotaan Parlimen.

Struktur Parlimen Malaysia yang wujud pada hari ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu dalam Bahagian 4, Perkara 44.

Keanggotaan Parlimen pula adalah seperti berikut:

Dewan Negara

Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45.

1. Anggota dari setiap negeri
2. Anggota dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. Anggota dari Wilayah Persekutuan Labuan
4. Anggota ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong

Tempoh perkhidmatan senator ialah tiga tahun, dan seorang yang tidak boleh memegang jawatan itu lebih dari dua penggal ( secara berterusan atau cara lain ). Seorang senator mesti berumur 30 tahun ke atas.

Dewan Rakyat

Keanggotaan Dewan Rakyat pula adalah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46.

Pilihanraya Di Malaysia.

Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh sebuah suruhanjaya yang dilantik khas. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli.

Suruhanjaya Pilihanraya pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia (free and fair election). Perlembagaan Persekutuan Malaysia menggariskan tiga fungsi penting SPR seperti berikut :

a. mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya,
b. menjalankan pendaftaran pemilih, dan
c. menjalankan pilihanraya, samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam Daftar Pemilih.

Parlimen dan sesebuah Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh selama lima tahun; dan dengan demikian, melainkan jika ia dibubarkan dengan lebih awal, pilihanraya diadakan tiap-tiap lima tahun. Tiap-tiap bahagian pilihanraya memilih seorang ahli (bagi ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri), dan tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi secara undi rahsia.

Di Malaysia, sebelum proses pengundian dijalankan, kempen pilihanraya boleh diadakan. Akta Pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai petisyen pilihanraya, iaitu satu bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya, atau pengundi dalam mana-mana pilihanraya, jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan.


Fungsi dan Kuasa Parlimen

Antara fungsi Parlimen ialah;
a. kuasa perundingan
b. mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cuka; dan
c. meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

Prosedur Perundangan

Bagaimana undang-undang di Parlimen dibuat?

Mula-mula suatu rang undang-undang (undang-undang dalam bentuk draf dikemukakan di Parlimen. Rang undang-undang itu menjadi undang-undang apabila ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara kedua-dua Dewan Parlimen, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen dan di Sarawak pula ia dipanggil Ordinan

Keistimewaan Parlimen.

Keabsahannya apa-apa perjalanan dalam mana-mana satu Dewan Parlimen atau dalam mana-mana Jawatankuasa, tidak boleh dipersalahkan dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang pun boleh didakwa bagi apa juga diucapkannya atau apa-apa undi yang diberi oleh ahli Parlimen apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan bagi mana-mana jawatankuasanya.

Satu lagi keistimewaan Parlimen ialah bahawa seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa juga yang diterbitkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana satu Dewan Parlimen.

KESIMPULAN

Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PhD Itu Amanah, Bukan Alasan Tanpa Penghujung

Ada pensyarah yang sangat petah berbicara tentang kecemerlangan akademik. Mereka mengajar pelajar tentang disiplin, pengurusan masa, budaya membaca, pemikiran kritis dan kepentingan menyiapkan tugasan mengikut tempoh. Namun, apabila sampai kepada pengajian sendiri, segala prinsip itu seakan-akan hilang. Tahun berganti tahun. Semester bertukar semester. Tajuk masih berubah. Proposal belum selesai. Data belum dikutip. Bab masih tergantung. Penyelia pula sering dijadikan alasan. Katanya terlalu sibuk mengajar. Banyak mesyuarat. Tugas pentadbiran bertambah. Keluarga memerlukan perhatian. Kesihatan tidak menentu. Penyelia sukar ditemui. Universiti terlalu birokratik. Tajuk terlalu kompleks. Data sukar diperoleh. Sebahagian alasan itu mungkin benar. Kita tidak boleh menafikan bahawa perjalanan PhD memang penuh cabaran. Ada yang diuji dengan kesihatan, kewangan, keluarga, kehilangan orang tersayang, pertukaran penyelia, masalah data dan tekanan emosi yang tidak kelihatan. Kita perlu berempati...

Almarhum Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin: Murabbi Cakna OKU, Pemangkin Awal Advokasi OKU Selangor

Ada perjuangan yang bermula dengan dasar. Ada perjuangan yang bermula dengan kertas kerja. Ada perjuangan yang bermula dengan mesyuarat panjang dan perbincangan rasmi. Tetapi ada juga perjuangan yang bermula dengan satu panggilan hati. Bagi saya, apabila Dasar OKU Selangor akhirnya dilancarkan, ia bukan sekadar satu dokumen dasar negeri. Ia bukan sekadar pencapaian pentadbiran. Ia adalah sambungan daripada satu perjalanan panjang advokasi, kasih sayang, kesedaran dan keberanian moral untuk meletakkan OKU sebagai sebahagian penting dalam agenda pembangunan negeri. Dan dalam perjalanan itu, satu nama tidak mungkin saya lupakan. Almarhum Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin. Ramai mengenali beliau sebagai seorang ahli akademik, pemimpin universiti, pemikir masyarakat dan tokoh politik yang bersahaja. Tetapi bagi saya, beliau lebih daripada itu. Beliau ialah seorang murabbi. Seorang insan yang tidak hanya berbicara tentang kemanusiaan, tetapi menghidupkan kemanusiaan itu dalam tindakan. Hari i...

PARTI WAWASAN NEGARA: RUMAH BAHARU, RETAK LAMA DAN PERTARUNGAN MENGUASAI POLITIK MELAYU

Parti politik boleh diumumkan dalam sehari. Nama boleh dipilih, logo boleh direka dan pentas boleh dipenuhi ribuan penyokong. Namun, akar politik tidak tumbuh melalui pengumuman. Ia memerlukan jentera, calon, pembiayaan, naratif dan kepercayaan rakyat. Pada 13 Jun 2026, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara dalam Konvensyen RESET Malaysia di Tanah Merah. Nama parti tersebut dikatakan dicadangkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Pada majlis sama, parti baharu itu diumumkan akan menyertai PRN Johor dan Negeri Sembilan menggunakan lambang Perikatan Nasional.  Namun, kelahiran Parti Wawasan Negara bukan sekadar penambahan sebuah lagi parti dalam daftar politik Malaysia. Ia sebenarnya tanda bahawa perebutan kepimpinan blok pembangkang sudah memasuki fasa baharu . Persoalannya bukan semata-mata sama ada Parti Wawasan Negara mampu memenangi banyak kerusi. Persoalan yang lebih besar ialah: Siapakah yang akan mengetuai pembangkang Melayu selepas ...