(Sedutan dari Buku D.I,A, 2017)
OKU buat seketika mula mendapat
perhatian kembali apabila jaguh-jaguh paralimpik negara membawa pulang 3 emas
dan 1 gangsa hasil tuaian Sukan Paralimpik Rio 2016. Nama seperti Mohamad Ridzuan Mohamad, Puzi Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif
Romly, Siti Noor Radiah Ismail mula dikenali. Kemenangan Ridzuan juga membawa
bersama nama Cerebral Palsy yang cukup asing kepaa rakyat Malaysia. Apa yang menarik insentif, hadiah dan anugerah yang diterima mereka adakah
setaraf dengan atlit Olimpik. Ini merupakan satu dasar yang cukup baik dari
Menteri Belia dan Sukan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Selangor. Sudah
sampai masa atlit-atlit hebat ini diberi layanan sama rata, sama adil. Kerana
mereka sebenarnya lebih upaya dari mereka yang kononnya sempurna.
OKU adalah akronim kepada Orang
Kelainan Upaya. Turut dikenali dengan Orang Kurang Upaya. Dulunya masyarakat
lebih gemar mengguna istilah cacat. Bahasa Inggerisnya ditermakan Disabled.
Dari sudut Islam, Ashab Al-Ahat. Namun
terdapat golongan pejuang anak muda yang membawa istilah Orang Berkeupayaan
Berlainan. Malah OKU sendiri yang mempersoal istilah OKU yang dilihat tidak
sesuai. Namun, Akta OKU 2008 dari segi hukum yang biasanya kita rujuk. Namun
fokus utama adalah hak dan fasilitasi serta bukan kepada usaha mencari simpati.