Khamis, Mei 22, 2008

Unisel Dapat NC Baru?

Salam, sekadar renungan.


Unisel Dapat NC Baru

Khabar angin bertiup kencang Naib Canselor Universiti Industri Selangor, Prof. Datuk Razali Agus(gambar) akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Naib Canselor UNISEL kerana kontrak perkhidmatannya tidak dilanjutkan lagi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Unisel adalah Universiti Swasta milik Kerajaan Negeri Selangor dengan kampus utama di Berjuntai Bistari dan Shah Alam. Unisel mempunyai jumlah pelajar melebihi 10,000 orang dalam setiap sesi pengajian.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, seorang anak Selangor berkelulusan dari Universiti Harvard dan berpengalaman lama di luar negara akan memimpin Unisel ke arah yang lebih gemilang.

Selain itu beberapa tokoh akademia dari beberapa universiti tempatan diberitakan akan memulakan khidmat di Unisel menjelang sesi pengajian akan datang.

Selasa, Mei 06, 2008

Nukilan Terbuka Buat UMNO Selangor

Salam ...

Beberapa hari lagi, akan genap 60 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor. Dalam keadaan politik yang masih dalam kekalutan sejak tsunami 8 mac tempoh hari, satu jalan penyelesaian perlu dicari. Cukup sudah mencari salah .... Selangor umpamanya langsung tidak mencerminkan sebuah negeri maju, yang matang berpolitik... saban hari menyaksikan BN dan PR bergilir-gilir menghiasi muka depan dada-dada akhbar terutam di Sinar Harian. Jika hari Isnin menyaksikan Tan Sri Khalid mencadangkan sesuatu, maka hari Selasa pihak BN akan memberi tindakbalas. Jika tidak mantan MB, akan muncul pula Pengerusi BN Selangor yang juga mantan MB . Saban minggu perkara ini berlaku .... belum pun mencapai 100 hari,pelbagai respon, kritikan dan cadangan ...pelbagai isu dibangkitkan ... dari isu air percuma ke khinzir @babi ... belum pun selesai isu BALKIS, muncul pula isu penurunan cukai pintu .. di peringkat lokal pula , isu JKKK dan siapa yang menguasai masjid kerap ke udara ... itu belum isu Selangor.fm ... semua akibat manifesto PRU12 .., namun semua pihak perlu ingat , semua ini berlaku bukan 100 hari seperti yng selalu ahli politik minta dinilai ... ia baru 60 hari ... isu-isu ini nyata memeningkankepala rakyat .. ini belum ditambah dengan pergeseran sesama BN ... mantan Menteri JKR menyalahkan mantan MB , MCA menyalahkan UMNO dan pelbagai isu termasuk impak keris yang dihunus oleh menteri pelajaran ... cukup memberi impak kepada Selangor. bagi semua yang terbabit, berilah peluang kepada kerajaan baru mentadbir ... janganlah diserang dari pelbagai sudut .... nilailah selepas 100 hari seperti yang diminta oleh Tan Sri Khalid ... nilai semula selepas 1 tahun ... kritiklah selepas 2 tahun ... berilah pandangan dan solusi sepanjang tempoh itu .... nilai lah dengan adil ... bandingkanlah dengan kerajaan Selangor pasca PRU11 ... analisalah baik buruk selepas 4 tahun .... tetapi , berilah sokongan, dorongan dan pandangan untuk sama-sama mebangunkan Selangor .... seperti yang kita semua cita-citakan ... adakah adil kita mencari salah silap hanya setelah 2 bulan mentadbir negeri ? Tidak terfikirkah kita apa yang kita sendiri boleh lakukan hanya pada dua bulan pertama diberi kuasa ? Adilkah menghukum rakyat yang ingin memberi peluang kepada yang lain disebabkan kegagalan BN menjalankan apa yang diamanahkan ... Tidak terfikirkah apa yang berlaku ini merupakan ketentuan ALLAH ? Oleh itu, berilah peluang .... hakimilah kerajaan sekarang dalam PRU13 .... Ingat pesan Pak Lah ... "Kata di Kota" ... Ilal liqa ....

Hamdan Salleh

Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam

dari ChangkatNingkeBTP   This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the ...