Hari ini 26 April 2014 menandakan bermulanya Pemilihan 2014 Parti KEADILAN. Keunikkan Pengundian secara "Satu Ahli Satu Undi" ini kali kedua buat parti tersebut setelah kali pertama dilaksanakan pada tahun 2010. Kali ini sekitar 480,000 ahli akan menunai hak mereka untuk memilih pimpinan baru bagi parti tersebut bagi sesi seterusnya. Ini merupakan era penting bagi KEADILAN kerana ia akan menentukan barisan kepimpinan pasca era awal.
Satu kajian asas telah saya jalankan bermula sejak tamat Kajian Pla Pengundian PRK Kajang. Sepuluh soalan telah ditanya secara online kepada 100 ahli KeADILAN yang sampelnya dipilih secara rawak. Kami idak menanyakan umur, jantina, latarbelakang pendidikan mahupun bangsa ataupun agama. Ini adalah untuk melihat secara indivdu pandangan mereka tanpa mengira latarbelakang. Tambahan pula KEADILAN sendiri mendakwa parti ini tidak berpaksikan agama, ras mahupun gender.
Berikut adalah ringkasan hasilan asas kajian berkenaan:
(1) Adakah anda berpuas hati dengan proses kempen Pemilihan 2014 ini dari sudut demokratik?
- 81.25% responden menyatakan bahawa mereka puashati dengan proses kempen
- 18.75% tidak berpuas hati dengan proses kempen