1.
Rujukan utama ringkasan ini adalah hasil perguruan
saya dengan Prof. Dr. Mehmet Maksudoglu (1994) dengan menggunakan sumber-sumber
sejarah dari Osmanli.
2.
Kerajaan Islam Uthmanyyaah atau dikenali
dengan nama Osmanli Devlet berdiri selama 634 tahun iaitu antara tahun 1289M
hingga 1923M. Merupakan empayar terbesar dunia dan sewaktu kemuncak menjadi
lambang kegemilangan Islam.
3.
Mehemmed II menjadi khalifah ke-7 empayar
Uthmaniyyah dan memerintah selama 30 tahun iaitu dari 18 Februari 1452M hingga mangkat
pada 3 Mei 1481M (49 tahun). Kejayaan terbesar baginda hingga mendapat gelaran
Al-Fatih adalah kerana kejayaan memimpin tentera Uthmaniyyah membuka
Constantinople pada 28 Mei 1453. Kejayaan
berkenaan ditempa pada usia muda iaitu 21 tahun.