dari ChangkatNingkeBTP
The 2015 Federal Budget was tabled by the YAB Prime Minister Dato' Sri Najib Tun Razak on Oct. 10, 2014.
Here's a summary of the budget that directly related to OKU/Disability facilitations:
Tidak mudah menjaga dan merawat anak-anak OKU kerana biaya perawatan yang sangat tinggi
PETALING JAYA: Advokasi Cerebral Palsy (CP), Dr. Hamdan Datuk Mohd Salleh berkata rakyat Malaysia jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada Orang Kurang Upaya (OKU) apabila timbul kes-kes yang melibatkan golongan ini; terutama apabila mereka diterlantarkan.
Beliau menyatakan pandangannya berikutan kes baru-baru ini di mana seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui dikurung di dalam keadaan yang amat menyedihkan.
“Mengenai kes adik Firdaus ini, saya percaya ibunya juga mempunyai alasan sendiri dan mungkin juga beliau sudah berputus asa.
“Menjaga anak-anak OKU juga tidak semudah yang disangka kerana seperti kes ibu Firdaus, beliau berhadapan dengan situasi yang sukar kerana terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi,” katanya di Wacana ‘We Care For OKU’ anjuran Unisel Selangor.
Tambahnya lagi, ibu mangsa juga menghadapi kesukaran untuk menjaga adik Firdaus kerana memerlukan perhatian sepanjang masa di samping beliau juga perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya.
“Melihat senario masa ini, rakyat kita sering menyalahkan pihak ibu bapa sahaja tanpa memikirkan masalah yang mereka hadapi.
“Terdapat juga pihak yang ingin berlagak seperti hero, namun tidak langsung membantu golongan OKU kerana kurangnya tahap kesedaran dan keprihatinan terhadap golongan ini,” jelasnya.
Kata Hamdan lagi, ada juga ibu bapa yang tidak mengetahui ke mana anak OKU ini seharusnya dihantar jika mereka mempunyai masalah untuk menjaga mereka.
“Untuk menghantar anak OKU ke pusat penjagaan memerlukan kos yang tinggi, iaitu antara RM700 hingga RM1300 sebulan bagi kos penjagaan dan juga kos rawatan.
“Sememangnya kesedaran di dalam diri kita harus dipertingkatkan, terutama golongan mahasiswa di universiti. Golongan ini boleh membantu melalui aktiviti sukarelawan untuk menyedarkan rakyat di negara ini supaya sentiasa prihatin dan tidak menyalahkan pihak ibu bapa sahaja,” ujarnya.
Bulan Ramadan mengajar erti keinsafan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Yaakop Sapari yang turut hadir di wacana tersebut berkata rakyat Malaysia, seperti golongan mahasiswa di universiti perlu meningkatkan kesedaran dan keprihatinan terhadap golongan OKU.
“Jangan sesekali memandang rendah terhadap golongan OKU kerana mereka juga mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh digilap,” katanya.
Tegas beliau lagi, di bulan Ramadan ini memberi kita peluang untuk mengajar kita erti kesusahan dan keinsafan.
“Kita seharusnya sentiasa memikir bahawa ada golongan yang lebih memerlukan bantuan dan jika kita mempunyai wang yang lebih bolehlah membantu golongan ini. Mahasiswa juga boleh menyertai aktiviti sukarela yang mendekatkan diri mereka dan menyelami sendiri kehidupan golongan OKU ini agar mereka tidak terpinggir,” ujarnya.