Selasa, November 06, 2018

Komen di Awani Berkaitan Pemilihan KEADILAN 2018 di Sabah

dari ChangkatNingkeBTP

Komen saya menerusi temuramah secara langsung di segmen Komen Pagi di Astro Awani berkaitan Pemilihan KEADILAN 2018 di Sabah.


Rabu, September 19, 2018

Siaran Langsung, 'Pas Pasca PRU: Apa Yang Berlaku'? Bersama Prof Madya Dr Hamdan

dari ChangkatNingkeBTP


Pas, Umno terpaksa bersama - Dr Hamdan

dari ChangkatNingkeBTP

Pas, Umno terpaksa bersama

15 SEPTEMBER 2018

SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan Umno dilihat sebagai satu perkara yang terpaksa dilakukan dalam jangka masa pendek bagi berhadapan dengan PH.

Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd berkata, kerjasama itu menarik seandainya gabungan Pas dan Umno menjadi polisi rasmi.

Ahad, September 09, 2018

Analisis AWANI: Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia

dari ChangkatNingkeBTP

Wawancara bersama Dekan Pusat Pengajian Asasi & Umum UNISEL, Prof.Madya Dr Hamdan Datuk Mohd Salleh di dalam program Analisis AWANI.


ASTRO AWANI - PRK Sg Kandis: Saingan tiga penjuru

dari ChangkatNingkeBTP

Wawancara bersama Dekan Pusat Pengajian Asasi & Umum UNISEL, Prof. Madya Dr. Hamdan Datuk Mohd Salleh di dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.


Sabtu, Julai 21, 2018

Hadiri Mesyuarat Pertama Bersama TPM - 9 JULAI 2018

dari ChangkatNingkeBTP


Pada 9 Julai 2018, saya berkesempatan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri satu diskusi dengan Harapan OKU. Gerakan ini mewakili suara-suara NGO OKU yang membawa beberapa isu penting untuk disampaikan kepada YAB TPM.

Antara isu yang dibawa adalah berkaitan anti-diskriminasi terhadap OKU, Akta OKU 2008 serta berkaitan memperkasa Majlis OKU dan berkaitan dengan hak OKU untuk mendapat pekerjaan, pembelaan dan pendidikan.


Sabtu, Jun 23, 2018

Mahathir & Media Antarabangsa TV9

dari ChangkatNingkeBTP

Bersiaran malam tadi di TV9 untuk segmen Global jam 830 malam. Fokus kepada mengapa media asing begitu tertarik dengan Kerajaan baru pimpinan Tun Dr Mahathir.

Khamis, Jun 21, 2018

Tq Big Boss DS Azmin...Selamat Bertugas

dari ChangkatNingkeBTP



Terima Kasih buat YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali atas kepimpinan Sepanjang 4 tahun mentadbir Selangor dengan penuh cemerlang. Saya terlibat secara langsung dengan pelaksanaan pengajian Percuma yang dilancarkan oleh beliau pada 2016 serta diluluskan bajet RM3.22 juta oleh beliau sewaktu sidang bajet 2018. Selain itu beliau juga teraju yang meluluskan kajian Selangor Poverty Index yang mana saya terlibat secara langsung sejak 2014. Kajian ini memberi penekanan khusus terhadap beban ekonomi mengikut daerah dan kaum. Usaha yang merentas kaum ini antara pemangkin dasar IPR di Selangor. Beliau juga antara yang awal menyokong usaha #upayaOKU di Selangor.

Selamat maju jaya buat YB dalam menggalas amanah baru sebagai Menteri Hal-Ehwal Ekonomi. Moga ALLAH permudahkan urusan.

Isnin, Jun 18, 2018

Santai Bersama Dr Hamdan, Dr Soo Wincci & Man Raja Lawak


Santai@UNISEL 2017. Man Raja Lawak digandingkan dengan Dr. Soo Wincci dan moderator mereka, Dr. Hamdan bin Dato' Mohd Salleh. Mereka berjaya gamatkan Siri Jelajah GEMS yang telah berlangsung di Pekan Salak, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Forum Demokrasi:Memerangi Budaya Takut Dalam PRU 14



Tarikh :1 Mac 2018 (Khamis) Masa : 3:00 ptg -5:00 ptg Lokasi:Auditorium Institut Darul Ehsan Anjuran: Institut Darul Ehsan (IDE),APDK dan IESAD. Pengantar Forum: Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman. Panel jemputan : 1. Dato' Saifuddin Abdullah (Setiausaha Sekretariat PH) 2. Dr. Hamdan Dato' Mohd Salleh (Felo Penyelidik IESAD) 3. Maria Chin Abdullah (Pengerusi BERSIH) Moderator: Sdr Ahmad Fahmi Mohd Samsudin ***Kredit:FBLive Institut Darul Ehsan-IDE

Imbas Semula: Mampukah Muhyiddin, Mukhriz sehebat Anwar tubuh parti baru? - Dr Hamdan

dari ChangkatNingkeBTP


Untuk menubuhkan parti politik baru di Malaysia ini, pengasas dan pimpinan harus mempunyai populariti yang gah, seperti Anwar Ibrahim yang mampu menarik penyokong dan massa. Penganalisis politik, Dr Hamdan Mohd Salleh mempersoalkan adakah Muhyiddin dan Mukhriz mampu sehebat Anwar ketika menubuhkan PKN yang kemudiannya PKR.

Ternyata kemudiannya, BERSATU ditubuhkan dan dipimpin oleh Tun Mahathir.

100 Hari Malaysia Baharu: Siasatan SPRM & hari pertama Menteri Kabinet


Diskusi 100 hari Malaysia baharu bersama Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Hamdan Salleh dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.

MalaysiaBaharu: Anwar Ibrahim bebas



Analisis AWANI: #MalaysiaMemilih persempadanan baru & hak pengundi



Siaran Langsung: Rakyat Penentu Masa Depan Negara


Rakyat Penentu Masa Depan Negara, Bersama Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh

Jika benar integriti, tidak perlu 'kebalkan' ahli politik - Dr Hamdan

dari ChangkatNingkeBTP


Penganalisis politik, Dr Hamdan Mohd Salleh berkata jika semua parti politik benar-benar berpaksikan kepada integriti, maka semua ahli politik perlu untuk 'tidak dikebalkan'.

Sabtu, Mac 03, 2018

Ringkasan Perkongsian -Siri Forum Demokrasi: MEMERANGI BUDAYA TAKUT DALAM PRU 14

dari ChangkatNingkeBTP

Berikut merupakan ringkasan pandangan saya pada forum berkenaan yang diadakan pada 1 Mac 2018 di Institut Darul Ehsan (IDE). Dipetik dari Berita Selangorkini.

Manipulasi istilah ‘pembangkang’ cipta ketakutan

https://selangorkini.my/2018/03/manipulasi-istilah-pembangkang-cipta-ketakutan/

OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 2 MAC: Istilah ‘pembangkang’ sering digunakan untuk mencipta persepsi buruk hingga menakutkan rakyat yang akhirnya menyumbang kepada kegagalan membawa perubahan.
Felo Penyelidik IESAD, Prof Madya Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh berkata, perkataan itu disifatkan negatif, termasuk penggunaan istilah seperti ‘Kerajaan Pembangkang Selangor’, ‘Kerajaan Pembangkang Pulau Pinang’ dan ‘Kerajaan Pembangkang Kelantan’.

Isnin, Januari 01, 2018

Cabaran 2018: Tingkat pembabitan Revolusi Industri 4.0 - Dr Dan

https://selangorkini.my/2017/12/cabaran-2018-tingkat-pembabitan-revolusi-industri-4-0/

Cabaran 2018: Tingkat pembabitan Revolusi Industri 4.0

OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 28 DIS: Usaha meningkatkan penglibatan lebih banyak pemain industri dalam menjana pembangunan ekonomi berteraskan Revolusi Industri 4.0 secara efektif pada tahun hadapan antara cabaran utama negara.
Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Profesor Madya Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, selain Kerajaan Persekutuan, sebagai negeri termaju, Selangor turut berhadapan cabaran sama.

Belanjawan Selangor, belanjawan ‘goverment-in-waiting’ - Dr Dan

dari ChangkatNingkeBTP

https://selangorkini.my/2017/11/belanjawan-selangor-belanjawan-goverment-in-waiting/

Belanjawan Selangor, belanjawan ‘goverment-in-waiting’

OLEH NAZLI IBRAHIM
Selepas dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 November lalu dan kemudiannya berhari-hari dibahaskan, akhirnya Belanjawan Negeri Selangor 2018 selamat diluluskan.
Kini tiba masa bagi barisan kepimpinan dan jentera Kerajaan Negeri bekerja keras untuk menterjemahkan belanjawan dibentangkan kali ini menjadi realiti kepada rakyat.
Sedar tak sedar, belanjawan kali ini merupakan kali keempat dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan seperti biasa, belanjawan ini meneruskan tradisi Kerajaan Pakatan Selangor melahirkan idea-idea segar yang tidak dijangkakan rakyat bahawa sebenarnya banyak perkara boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan.

Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya? - Dr Dan

dari ChangkatNingkeBTP
Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya?

Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya?

OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 24 NOV: Berbekal peruntukan perbelanjaan RM3.12 bilion dalam Belanjawan Selangor 2018, Kerajaan Negeri berjaya merangka pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, di negeri itu.
Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, hal itu sekali gus memberi gambar manfaat yang diperoleh rakyat seluruh negara jika Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diberi peluang merangka bajet Persekutuan dengan peruntukan RM200 bilion.

Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam

dari ChangkatNingkeBTP   This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the ...