Santai@UNISEL 2017. Man Raja Lawak digandingkan dengan Dr. Soo Wincci dan moderator mereka, Dr. Hamdan bin Dato' Mohd Salleh. Mereka berjaya gamatkan Siri Jelajah GEMS yang telah berlangsung di Pekan Salak, Sepang, Selangor baru-baru ini.
Cuba bayangkan dua berita tentang kampus sampai pada hari yang sama. Satu, UNISEL naik satu anak tangga dalam ranking Asia Tenggara. Satu lagi, mahasiswa akhirnya berjaya meyakinkan pengurusan supaya laluan ke dewan kuliah boleh digunakan oleh pelajar berkerusi roda. Berita pertama senang dijadikan poster. Berita kedua mengubah cara seseorang sampai ke kelas. Bila nama Universiti Selangor (UNISEL) masuk QS Asia edisi 2026 , dalam kelompok 1,101–1,200 , ada yang mungkin tanya, “Nombor macam itu pun nak diraikan?” Ya, saya rasa patut. Dalam senarai Asia Tenggara , UNISEL pula bergerak daripada kedudukan bersama ke-173 pada edisi 2026 kepada kedudukan bersama ke-172 pada edisi 2027 . Kita boleh gembira dengan langkah itu. Tahniah kepada senmua yang terlibat dan menyumbang. Cuma selepas ucapan tahniah, elok kita tanya soalan yang lebih susah. Apa yang mesti berubah di kampus supaya kemajuan itu dirasai oleh mahasiswa sendiri? Kenapa UNISEL perlu masuk ranking? Sebab kita perlu tahu di mana...
Ulasan