Sabtu, September 23, 2017

Program MPU CDFS Mengupayakan OKU

dari ChangkatNingkeBTP
Program MPU CDFS Mengupayakan OKU


Mahasiswa UNISEL peduli golongan kurang upaya

OLEH NAEEM RAFFI
SHAH ALAM, 3 SEPT: Komited melahirkan belia dan masyarakat yang prihatin terhadap kanak-kanak istimewa,
Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan Program Cakna Insan Autistik dan Disleksia UNISEL 2017, baru-baru ini.
Program anjuran mahasiswa yang menyertai kursus Khidmat Masyarakat itu turut memuatkan forum bertajuk ‘Membentuk Generasi OKU yang Cemerlang’. 
Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi, Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh selaku moderator membincangkan isu-isu berkenaan golongan kurang upaya disamping memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk mendalami dan menanam sikap hormat serta sayang kepada golongan istimewa.
8
Antara panel yang hadir adalah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Dr Rina Abdul Shukor, Pengarah Gening World Solution, Puan Ainizal dan bekas pelajar UNISEL yang menghidap dyslexia, Khairul Anwar Korai.

Turut diadakan aktiviti permainan antaranya tutorial menggunakan bahan grafik, puppet show dan teka-teki bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa, pelajar dan masyarakat dalam membudayakan golongan kanak-kanak kurang upaya.

Cabaran Pengajian Asasi Menuju Industri 4.0 : Dari Sudutpandang Membina Manusiawi

dari ChangkatNingkeBTP

Ucaptama oleh Dr Hamdan Mohd Salleh 




NATIONAL PRE-UNIVERSITY SEMINAR 2017 (NPreUS 2017)

“Cabaran Pengajian Asasi Menuju Industri 4.0 : Dari Sudutpandang Membina Manusiawi”

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Segala Puji Bagi ALLAH Tuhan Tuan Punya Seluruh Alam
Selawat buat Nabi Junjungan Muhammad, Pembawa Rahmat Seluruh Alam.

Pengajian Asasi atau pra-universiti secara kebiasannya merupakan program akademik 3 semester (1 tahun) yang dibentuk khusus untuk menyediakan pelajar-pelajar lepasan SPM untuk menyambung kembara ilmu mereka ke peringkat Sarjana Muda. Dalam dunia menuju ke arah globalisasi total, tentunya cabaran amat besar dalam menghadapi gelombang kemajuan industri yang dikenali sebagai Industri 4.0. Bicara ucaptama ini tidak tertumpu kepada persedian akademik semata-mata dalam menghadapi cabaran berkenaan. Fokus ucaptama ini adalah untuk membincangkan secara asas dan ringkas mengenai  pengimbangan Akal dan Hati dalam usaha menyediakan pelajar Tahun Asas yang benar-benar holisitik.

Tatkala menulis ucapan ini, saya secara tidak sengaja terbuka sebuah buku yang saya beli pada tahun 2014 namun belum berkesempatan untuk mentelaah dengan mendalam. Buku tentang Allahyarham Ahmad Ammar. Dalam halaman 18, tertera satu catatan yang ditulis oleh Allahyarham pada 4 Mei 2006. Catatan oleh seorang anak muda berusia 13 tahun waktu itu. Allahyarham menyenaraikan 10 cita-cita beliau dengan hanya 1 dibiarkan tanpa dipotong.

Epilog...PRK Tanjung Datu

dari ChangkatNingkeBTP


Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjung Datu telah diadakan pada 18 Februari 2017 susulan kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari 2017. Kerusi ini disandang oleh Allahyarham sejak PRN 2006. Kawasan dun Tanjung Datu ini mempunya profil pengundi seimbang dari segi kaum dengan 51.21% Melayu/Melanau, 20.97% Cina, 13.26% Iban dan 14.56% Bidayuh.
Kerusi DUN Tanjung Datu ini sememangnya merupakan kubu kuat BN/PBB sejak dari dulu. Sejak Tan Sri Adenan menjadi ADUN di kawasan berkenaan sejak 2006, majoriti beliau agak menurun terutama sebelum dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada 2001, majoriti beliau adalah 5,497 manakala pada 2006 beliau menang dengan majoriti menurun kepada 4,136. Pada PRN 2011, majoriti beliau merosot kepada 3,216. Hanya apabila beliau menjadi Ketua Menteri yang mengetuai PRN 2016,  Tan Sri Adenan Satem menang besar setelah  memperoleh undi 6,360 dengan  majoriti sebanyak 5,892 (70.1% undi popular) .

Tahniah 106 Penerima Anugerah Dekan CDFS

dari ChangkatNingkeBTP

Sabtu, September 09, 2017

Wawancara Bersama Lando Zawawi Vrus

dari ChangkatNingkeBTP
Pada 27 Ogos 2017 yang lalu saya berkesempatan menjadi moderator sembang santai. Kali ini Ikon yang dijemput adalah Cip Brotherhood, Bro Lando. Sangat hebat perjuangan beliau. Sila tonton video yang disertakan.


Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam

dari ChangkatNingkeBTP   This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the ...