Langkau ke kandungan utama
dari Changkat Ning

Pada 21 Mac, saya dan rakan-rakan dari Bandar Tasik Puteri telah menghadiri kursus Workshop Team Building & Gerak Saraf Anjuran KEADILAN Bahagian Putrajaya ... terima kasih diucapkan kepada penceramah yang diketuai oleh Dato' Wan Ismail.

Tahniah kepada penganjur terutama Ketua Bahagian, Sdr. Onn Abu Bakar, S/U Sdr. Baharom, Sdr. Othman, Dzulkarnain Thaib (DT) serta JK Penganjur. Terima Kasih kerana sudi menjemput saya.

Program ini sangat berguna terutama dalam usaha memantapkan lagi kaedah perang saraf dalam berpolitik dan dalam memperkemaskan lagi organisasi akar umbi.

Untuk maklumat lanjut disertakan berita kursus tersebut menerusi blog Bahagian Putrajaya yang boleh diakses menerusi http:// pkrputrajaya.blogspot.com.

TAHNIAH PADA SEMUA PESERTA....!!!!



Tahniah pada semua peserta termasuk dari Bahagian Pandan, Ampang, Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Puteri juga individu-individu yang telah menjayakan program WORKSHOP TEAM BUILDING DAN GERAK / PERANG SARAF sehingga selesai program...!!!



Saya pasti mereka yang hadir program ini akan dapat bekalan ilmu yang amat berguna sebagai panduan bagaimana mengoptimakan kecermelangan organisasi masing-masing.



Kepada penceramah....! Bahagian Putrajaya mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kerana sudi melapangkan masa dalam menjayakan program ini. TERIMA KASIH...TERIMA KASIH..!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN MERUNCING

dari ChangkatNingkeBTP Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian da...

BERSATU 10 TAHUN: SURVIVAL SEBUAH PARTI YANG SEMAKIN KEHILANGAN KAWAN DAN SEBAHAGIAN DIRINYA

Sepuluh tahun bukan tempoh yang pendek bagi sebuah parti politik. Namun, bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ulang tahun ke-10 bukan sekadar waktu meniup lilin, mengibarkan bendera atau mengenang bagaimana parti itu pernah sampai ke Putrajaya. Ulang tahun ini hadir ketika BERSATU sedang berhadapan persoalan paling asas tentang masa depannya: Adakah BERSATU masih mempunyai kekuatan untuk berkembang, atau kini sekadar sedang mencari jalan untuk terus hidup? BERSATU ditubuhkan pada 2016 sebagai wadah politik Melayu yang menentang UMNO. Parti itu kemudian menjadi sebahagian daripada kemenangan bersejarah Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum 2018. Dua tahun kemudian, BERSATU menjadi pemain utama dalam perubahan kerajaan yang membawa presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke jawatan Perdana Menteri. Dalam tempoh kurang satu dekad, BERSATU pernah bersama Pakatan Harapan, memimpin Perikatan Nasional, mengetuai kerajaan Persekutuan dan akhirnya kembali menjadi pembangkang. Tidak b...