Langkau ke kandungan utama

Azam & Tekad Tahun Baru 2012

dari ChangkatNingkeBTP


Kita baru sahaja melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1433 . Dalam tak sampai 32 jam lagi Tahun Masihi 2012 akan menjelma. Tentunya seperti amalan setiap tahun, ramai yang berazam dari sebesar ingin mencapai kejayaan tertinggi hinggalah sekecil ingin menurunkan berat badan atau ingin berazam kurangkan tidur dan bermalas-malas. Namun, amati betul-betul azam kita selama ini. Adakah ia hanya retorik mengikut adat setiap tahun ataupun satu tekad yang kita pandang serius untuk mencapainya. Kitalah penentu. Kitalah hakim.
Namun harus diingat, azam dengan tekad yang sebenar perlu ada. Jangan jadikan ia hanya mainan mulut. Lihat sahaja nanti di media-media sosial, disebalik ucapan tahun baru akan terselit juga azam-azam masing-masing. Buat tahun 2012 ini, jadikanlah azam kita semua satu tekad dengan niat sebenar-benarnya untuk mencapainya. Jangan lupa, azam ini perlulah yang positif.
Ingatlah Firman Allah dalam Al-Qur’an yang mafhumnya :
“….Sesungguhn“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)ya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Oleh itu, sebelum bertekad untuk mencapai azam yang besar dan mega, mulakanlah dengan keazaman untuk meningkatkan dan memperbetulkan sifat kita dahulu. Hanya dengan ini azam-azam lain pasti terlaksana. Mulakanlah dengan niat untuk menjadi Hamba Allah yang terbaik dan hebat. Susuli pula dengan amalan-amalan yang sebaik-baiknya. Hijrahlah dari keadaan dan perangai yang tidak baik kepada yang lebih baik. Iringi dengan doa’, usaha dan tawakkal kepada Allah Ta’ala. Pasti dengan izin Allah, azam kita yang hanya untuk memperbaiki diri dan berIslah kepadaNya akan menjadi pemangkin kita untuk mencapai kejayaan dalam berkeluarga, berkerjaya, bermasyarakat dan seterusnya bernegara. Semua itu perlu bermula dari DIRI kerana “ATTITUDE” itu 100% namun “FEAR of GOD” adalah 101 %.
Selamat berazam dan bertekad pada Tahun 2012 … Moga kita bukan sahaja sekadar HIDUP,  tetapi menjadi yang TERBAIK dan BERJAYA disisi ALLAH. Moga kita semua mendapat Rahman dan Raheem ALLAH sentiasa. Wallahu a’lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HARI MALAYSIA: JANGAN JADIKAN AGAMA BAHAN LAWAK!

Saya mengikuti kontroversi ucapan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said, dalam Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang mengemukakan sebuah cerita melibatkan paderi dan biarawati atau nun . Cerita tersebut dikatakan bertujuan menyampaikan analogi mengenai fokus, kebijaksanaan dan kesungguhan mencapai sesuatu matlamat. Namun begitu, apabila sesuatu jenaka membawa unsur seksual serta menggunakan watak dan rujukan suci daripada agama lain sebagai bahan ketawa, kita perlu berani mengatakan bahawa ia telah melampaui batas kewajaran. Lebih-lebih lagi apabila ia disampaikan dalam sebuah perhimpunan politik nasional dan oleh seorang pemimpin yang tentunya sedar bahawa setiap perkataan daripada pentas tersebut akan didengar, dirakam dan dinilai oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini bukan sekadar persoalan sama ada ucapan itu lucu atau tidak. Ini persoalan adab, sensitiviti dan tanggungjawab seorang pemimpin dalam negara berbilang bangsa, keturunan, budaya dan agama. Niat Tidak Menghapuskan Kesan ...

MENUJU PRN MELAKA 2026: NEGERI KECIL, PERUBAHAN POLITIK BESAR

Melaka kecil pada peta, tetapi jangan kecilkan makna politiknya. Negeri ini pernah menjadi kubu Barisan Nasional, beralih kepada Pakatan Harapan pada 2018, kemudian menyaksikan BN kembali dengan kemenangan besar dalam PRN 2021. Sejarah itu mengingatkan kita bahawa pengundi Melaka boleh berubah. Tiada parti mempunyai geran kekal terhadap kesetiaan rakyat. Kini, hari mengundi ditetapkan pada 14 November 2026 , dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. Persoalannya bukan sekadar siapa akan menang, tetapi apakah perubahan yang sedang berlaku dalam hubungan antara parti, pemimpin dan pengundi Melaka. Pada hemat saya, PRN kali ini perlu dibaca sebagai pertembungan antara tiga perkara: kekuatan organisasi lama, hubungan politik yang semakin cair, dan tuntutan rakyat terhadap hasil pentadbiran. Kemenangan 2021 bukan jaminan untuk 2026 Dalam PRN 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, berbanding lima kerusi PH dan dua kerusi PN. Namun, kadar keluar mengundi k...

PRU Akan Datang: Cukuplah Mengukur Suhu, Sekarang Masa Bertindak!

Menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, akan semakin banyaklah survei dibuat. Berapa peratus sokongan kepada kerajaan? Bagaimana penerimaan terhadap PMX? Parti mana sedang naik? Siapa pula semakin tenggelam? Survei itu penting. Saya sendiri orang penyelidikan. Tetapi kalau setiap bulan kita mengukur suhu, sedangkan penyakit tidak dirawat, akhirnya kita cuma menjadi pakar membaca termometer. Sekarang bukan semata-mata masa untuk mengetahui apa yang rakyat fikir. Sekarang masa untuk melakukan sesuatu terhadap perkara yang merisaukan rakyat. Andai parti-parti yang memerintah mahu terus mendapat mandat, mereka perlu memahami satu perkara: kemenangan tidak boleh disandarkan kepada harapan bahawa rakyat akan faham sendiri segala usaha kerajaan. Rakyat ada kehidupan untuk diurus. Ada bil untuk dibayar. Ada anak untuk disekolahkan. Mereka tidak mempunyai masa untuk meneliti setiap ucapan menteri dan menyambungkan sendiri pengumuman kerajaan dengan perubahan dalam kehidupan mereka. Di situlah ...