Langkau ke kandungan utama

Ulasan Awal Buku Legacy of Honour

dari ChangkatNingkeBTP


Pada 20 Januari 2012, saya telah dihadiahkan buku Legacy of Honour oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein . Terima kasih  pdan penghargaan setinginya kepada Datuk Seri Hisham atas kesudian bukan sahaja menghadiahkan buku malah menurunkan otograf di buku tersebut. Terima kasih kepada Pegawai Khas beliau, Pn Idamoerni Zakaria atas bantuan memudahkan mendapatkan buku tersebut.
Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Mohamed Noah dan ditulis oleh aktivis sosial, Zainah Anwar. Buku seperti ini memang sentiasa menarik minat saya kerana ia bukan sahaja bersifat piktorial sejarah malah banyak khazanah arkib yang tidak ternilai harganya yang boleh di jadikan panduan dan rujukan terutama generasi baru.
Buku ini secara asasnya membincangkan biografi  dan legasi tokoh tiga generasi iaitu Dato’ Ja’afar Mohamad, Dato’ Onn Ja’afar dan Tun Hussein Onn. Legasi tokoh-tokoh ulung ini sebenarnya amat menarik dan buku ini turut mendedahkan  saatu legasi salsilah keturunan yang saya boleh termakan sebagai “The Kennedys of Malaysia” dek kerana ramainya tokoh-tokoh negarawan politik, akademik dan sosial yang datang dari keluarga ini. Datuk Seri Hisham sendiri merupakan anak, cucu dan cicit kepada tiga tokoh tersebut. Malah tokoh ulung akademik seperti Prof DiRaja Ungku Aziz dan Prof Syed Hussein Al-Attas sendiri datang dari keturunan ini. Itu belum dikira puluhan individu yang menjawat jawatan-jawatan tinggi bukan sahaja dalam politik termasuk malah dalam angkatan tentera dan perniagaan.
Ulasan lebih kritis akan saya tulis dalam entri mendatang kerana saya masih dalam proses menelaah buku ini dengan lebih mendalam. Bagi yang belum berkesempatan, dapatkanlah buku ini dan pasti anda bukan sahaja terpegun malah akan berinspirasi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

KEADILAN Siri 4 : KEADILAN Selangor, 12 Kerusi Disandang, di Mana Ruang untuk Berkembang?

KEADILAN masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor, tetapi kedudukan itu tidak boleh dibaca sebagai ukuran kekuatan parti di seluruh negeri. Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, KEADILAN menang 12 daripada 20 kerusi yang ditandinginya. Pakatan Harapan (PH) memperoleh 32 kerusi, Barisan Nasional (BN) dua, manakala Perikatan Nasional (PN) menawan 22 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN. Angka ini menunjukkan dua perkara serentak: KEADILAN kekal penting kepada kerajaan Selangor, tetapi ruang pertumbuhannya berada di kawasan yang paling sukar ditembusi.  Pertanyaan untuk pilihan raya akan datang bukan sekadar sama ada KEADILAN mampu mengekalkan pentadbiran negeri. Pertanyaan yang lebih menguji ialah: bolehkah KEADILAN meyakinkan pengundi di kerusi majoriti Melayu bahawa parti ini memahami kehidupan, nilai dan keresahan mereka? Peta 12 kerusi KEADILAN Keputusan 2023 memperlihatkan dua lapis kekuatan. Di Rawang, Kajang, Bukit Lanjan dan Sentosa, KEADILAN menang dengan majoriti melebi...

Selepas Peti Undi Ditutup: Siapa Paling Tepat Membaca Johor 2026?

Pilihan raya bukan sahaja menguji calon, parti dan jentera politik. Pilihan raya juga menguji ketepatan penganalisis. Sebelum rakyat Johor keluar mengundi, pelbagai institusi penyelidikan, penganalisis politik dan pusat kajian telah mengemukakan dapatan, pandangan serta jangkaan masing-masing. Ada yang berani mengunjurkan jumlah kerusi. Ada yang sekadar mengenal pasti kecenderungan pengundi. Ada pula yang membina beberapa senario berdasarkan kadar keluar mengundi, kekuatan jentera dan perubahan sokongan mengikut segmen pengundi. Selepas keputusan diumumkan, semua analisis tersebut wajar dinilai semula. Namun penilaian tidak boleh dibuat secara simplistik dengan bertanya: “Siapa teka jumlah kerusi dengan tepat?” Analisis politik yang baik perlu dinilai sekurang-kurangnya daripada tiga sudut: Adakah penganalisis membaca arah keputusan dengan betul? Sejauh manakah unjuran jumlah kerusinya menghampiri keputusan sebenar? Adakah faktor yang dikenal pasti benar-benar menjelaskan tingkah laku...