Langkau ke kandungan utama

Mohon bantuan Membina Ma’ahad Tahfiz Qira’ad Addin Kg. Lubuk Katak Tapah

dari ChangkatNingkeBTP

Disertakan sedikit maklumat untuk memudahkan pehak tuan menyiarkan artikal bagi memohon bantuan kewangan untuk pembinaan Ma’ahad Tahfiz Qira’ad Addin Kg. Lubuk Katak Tapah.

Untuk makluman, Maahad Tahfiz Kg. Lubuk Katak Tapah Perak adalah Ma’ahad Tahfiz persenderian dan ianya telah beroperasi semenjak tahun 2001 diatas tanah yang diwakafkan dan bangunan lama di Kg. Lubuk Katak.

Pada masa ini Ahli Jawatan Kuasa Pembangunan Ma’ahad Tahfiz ini telah berjaya membina bangunan baru bagi menampung pelajar-pelajar untuk tahun 2010 ini.

Bangunan baru ini terdiri daripada satu bangunan pejabat, satu bangunan dua tingkat untuk asrama dan kelas belajar, satu bangunan kantin pelajar dan 3 pintu rumah guru. Bangunan ini pada keseluruhannya telah siap 75%.

Pembinaan bangunan ini adalah bersumberkan sumbangan orang ramai dan para-para dermawan dari muslimin dan muslimat, buat masa ini keadaan kewangan Ma’ahad Tahfiz Kg. Lubuk Katak ini tidak cukup bagi menyiapkan lagi 25 % bangunan ini.

Oleh itu JK Pembangunan Ma’ahad Tahfiz ingin merayu kepada semua dermawan di seluruh Malaysia dan dunia agar dapat membantu untuk menyumbangkan wang Ringgit agar bangunan Ma’ahad Tahfiz ini dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah jualah yang dapat memberi ganjaran yang tinggi diatas sumbangan saudara-saudara semua.

Untuk makluman semua, kos bagi menyiapkan keseluruhan bangunan tersebut dianggarkan RM 350,000.00 (Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit) diperlukan.

Kepada dermawan-dermawan yang berhasrat untuk menyumbang, bolehlah berbuat demikian dengan:-

MENYALURKAN SUMBANGAN KEPADA :

TABUNG PEMBANGUNAN MTQ-4. KG LUBUK KATAK

NO. AKAUN: 558127311239 MAY BANK CAWANGAN TAPAH.

ATAU MENGHUBUNGI:

1. UTZ. HJ AMINUDDIN B HJ ABDUL HAMID DI TALIAN 054011563 - SELAKU PENGERUSI PEMBANGUAN MA’AHAD

2. TN. HJ. ABDUL WAHAB B HJ ABU BAKAR DITALIAN 0195976284 - SELAKU TIM. PENGERUSI PEMBANGUAN MA’AHAD

3. EN. ABD. MUAZ B HJ. ABD AZIZ DITALIAN 0135288084 - SETIAUSAHA PEMBANGUNAN MA’AHAD

4. TN. HJ. MOHAMAD KHALID B ABDULLAH DITALIAN 0195036367 - SELAKU BENDAHARI PEMBANGUAN MA’AHAD


Sebarang maklumat tambahan, mohon hubungi :

Abd. Mu'as bin Hj. Abd. Aziz
SETIAUSA PEMBANGUNAN
MA’AHAD TAHFIZ KG. LUBUK KATAK
35000 TAPAH PERAK.

e-mail: kgdmth@gmail.com

Marilah kita menyumbang ke Jalan ALLAH. Moga amaln sedaqah kita walau sedikit diterima ALLAH hendaknya. AMIN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UNISEL Dah Masuk Ranking Asia. MPU Masih Boleh Biasa-Biasa?

Cuba bayangkan dua berita tentang kampus sampai pada hari yang sama. Satu, UNISEL naik satu anak tangga dalam ranking Asia Tenggara. Satu lagi, mahasiswa akhirnya berjaya meyakinkan pengurusan supaya laluan ke dewan kuliah boleh digunakan oleh pelajar berkerusi roda. Berita pertama senang dijadikan poster. Berita kedua mengubah cara seseorang sampai ke kelas. Bila nama Universiti Selangor (UNISEL) masuk QS Asia edisi 2026 , dalam kelompok 1,101–1,200 , ada yang mungkin tanya, “Nombor macam itu pun nak diraikan?” Ya, saya rasa patut. Dalam senarai Asia Tenggara , UNISEL pula bergerak daripada kedudukan bersama ke-173 pada edisi 2026 kepada kedudukan bersama ke-172 pada edisi 2027 . Kita boleh gembira dengan langkah itu. Tahniah kepada senmua yang terlibat dan menyumbang. Cuma selepas ucapan tahniah, elok kita tanya soalan yang lebih susah. Apa yang mesti berubah di kampus supaya kemajuan itu dirasai oleh mahasiswa sendiri? Kenapa UNISEL perlu masuk ranking? Sebab kita perlu tahu di mana...

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

PRN Melaka 2026 — Analisis setakat 9 November 26

BN berada di landasan untuk kekal sebagai kuasa terbesar di Melaka. Unjuran asas saya ialah BN 21 kerusi, PH 5 dan PN 2, menjadikan Muafakat Melaka 23 daripada 28 kerusi. Pertarungan yang paling menarik ialah sama ada PN boleh mengambil Bukit Katil daripada PH, sama ada PH boleh mengambil Paya Rumput yang dilepaskan BN kepada PN, dan sama ada BERSATU boleh menembusi Sungai Udang atau Pantai Kundor . SPR mengesahkan 79 calon bagi 28 kerusi. Majoriti mudah ialah 15 kerusi , manakala dua pertiga memerlukan 19 kerusi . Undi awal berlangsung pada 10 November dan pengundian pada 14 November. Unjuran ini menggunakan keputusan 2021, senarai calon muktamad dan laporan lapangan yang diterbitkan sehingga 9 November. Angka di bawah ialah penilaian kerusi secara kualitatif. Kadar pemindahan undi dan perbezaan kadar keluar mengundi masih menjadi ketidakpastian utama. spr.gov.my Apa yang kelihatan di lapangan Hisommudin Bakar dari Ilham Centre melaporkan pada 9 November bahawa gerak kerja BN–PN l...