Khamis, Mei 31, 2012

MPW: SPR Secara Ringkas

dari ChangkatNingkeBTP


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Inggeris: Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman telah digantikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 1 Januari 2009.

MPW: Pilihanraya di Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pilihan Raya Umum Malaysia (sebelum kemerdekaan Malaya) wujud di dalam dua peringkat: peringkat negara dan peringkat negeri. Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala pilihanraya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri(Dewan Perhimpunan Legislatif Negeri). Ketua bagi cabang eksekutif, Perdana Menteri, merupakan dipilih secara tidak langsung.
Proses Pilihan Raya di Malaysia

MPW: Undang-Undang Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP


Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan.

MPW: YDPA

dari ChangkatNingkeBTP


Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Kedah, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

MPW Pasca Kuliah 28 Mei 2012: Perlembagaan

dari ChangkatNingkeBTP


Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sekilas MPW: Politik Malaysia

dari ChangkatNingkeBTP


Diubahsuai Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Ahad, Mei 27, 2012

MPW : Peringatan Terkini

dari ChangkatNingkeBTP

Pelajar-pelajar DAM/ Sains Sukan diminta mengambil maklum perkara-perkara berikut:

  • Para pelajar diminat menunjukkan inisiatif dan sikap sebagai pelajar menara gading
  • Nota-nota telah diletakkan di dalam Blog ini. 
  • Perlu diingatkan bahawa 2 jam pertama (kuliah Isnin) adalah untuk mengulangkaji sebelum kuliah bermula jam 10 pagi. 
  • para pelajar juga belum menunjukkan kesungguha sewajarnya berdasarkan respon di Forum FB yang sangat mendukacitakan. Hanya 12 kumpulan baru mendaftar untuk tugasan berkumpulan.
  • Perlu diingatkan bahawa saya tidak akan berkompromi berkenaan penilian berterusan (60%) dimana anda akan dinilai sepanjang kuliah tersebut.
Harap Maklum & Bertindak. Orang yang Berjaya adalah mereka yang punya TINDAKAN. 




Rabu, Mei 23, 2012

ABKF2203 PUBLIC POLICY ANALYSIS - Assignment Topic

dari ChangkatNingkeBTP

dateline: 9th July 2012


The INFO:
Public policy is about making decisions.  These decisions are by no mean easy because values, ideologies and politics are involved.  Under these trying circumstances, public policy analysts and policy makers are required to make decisions.  For instance, policy decision has to be made on whether to terminate the Internal Security Act (ISA), to abolish the Universities & University Colleges Act (AUKU), to enact a new legislation on polluters pay for polluting the environment and to introduce the 1Malaysia health care plan.  When these decisions are made, they are being made in a socially changing and politically loaded environments.

PURPOSE
The purpose of this individual assignment is to gauge a student’s overall understanding on the concepts and approaches to public policy analysis and to expose students to the methods of policy analysis based on a current issue or problem

REQUIREMENTS
The assignment should cover the following two scopes:
Scope 1:
Critically discuss the different approaches to public policy analysis

Scope 2:
Using one of the issue or problem mentioned above, or identifying one current public policy issue of your own choice, describe how this particular issue can be analyzed using one of the approaches as discussed in Scope 1.
                                                                                           [Total: 30 marks]
Please further infos , please refer to your own MyLVE. Do participate in the forum as well. 

Nota-Nota MPW

dari ChangkatNingkeBTP


  • Sila klik pautan-pautan yang berkaitan untuk Nota-Nota bagi kuliah 28 Mei 2012.
  • Pastikan juga bagi kumpulan yang belum mendaftar tajuk tugasan dan sesi perbincangan sila lakukan dengan segera. Untuk diskusi sila Like FB Page Hamdan M Salleh untuk berkongsi pendapat dsb. 
Nota:

MPW Perlembagaan Persekutuan

dari ChangkatNingkeBTP


PENGENALAN
Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara. Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama. Menurut D.Robertson (1993), "perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat." Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara.

Ahad, Mei 20, 2012

Notis MPW

dari ChangkatNingkeBTP

Kepada semua pelajar yang mengikuti kuliah kendalian saya, sila like FB Page "Hamdan M Salleh" untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat sesama kita. Pengkuliahan adalah satu interaksi dua hala dimana input anda semua juga mat mustahak. Ini juga memudahkan maklumat disalurkan terutama dalam kuliah semester pendek.

Terima kasih

First Notice ABKF 2203 Public Policy Analysis

dari ChangkatNingkeBTP

Dear Learners taking Open University Malaysia's Bachelor of Political Science with Honours.

Please take note that online forum have been updated. This forum is to facilitate learning & sharing processes throughout this Semester May 2012.

Please explore all learning materials available in the OUM Student Portal via LMS OUM. I will also in the midst of updating alls  necessaries notes and links which will surely benefit blended-based students.

Assignment has also been uploaded in the site and a certain date of submission.

Wish you all dear Learners all the success in the world and beyond.

"Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail."   (Harold R. McAlindon)

Best regards,

Hamdan M Salleh



Khamis, Mei 17, 2012

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP


  • Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW.
  • Setiap kumpulan (maksimum 5 pelajar) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.  
  • Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012
  • Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih
  • Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing
SOALAN TUGASAN :

MPW: Kuliah 6 Penjajahan

dari ChangkatNingkeBTP


PENDAHULUAN

Negara kita sememangnya menjadi idaman kuasa-kuasa asing baik dari Barat mahupun Timur. Peluang 
penjajahan yang diterima oleh kuasa-kuasa asing ini ditambah dengan faktor kesilapan, kelemahan dan 
masalah di negeri-negeri Melayu akhirnya menyebabkan negara terjajah selama lebih kurang 446 tahun. Tempoh penjajahan ini sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tempoh penjajahan selama 446 tahun itu bukanlah berlaku secara menyeluruh (meliputi seluruh Tanah Melayu) tetapi hanya melibatkan satu wilayah khusus iaitu Melaka. Penjajahan menyeluruh hakikatnya hanya berlaku selepas 1870an.

MPW: Kuliah 5 Kerajaan Melayu Tradisional

dari ChangkatNingkeBTP


Ini hanyalan ringkasan formal untuk memudahkan pemahaman. Para pelajar adalah digalak untuk membuat kajian lebih lanjut berkenaan topik ini terutama mereka yang ditugaskan untuk menyiapkan topik ini.

Selain itu buku menarik penulisan Dr. Farish A. Noor, What Your Teacher Didn’t Tell You, (2009) terbitan, Matahari Books boleh dirujuk untuk melihat dengan lebih mendalam berkenaan era Malaysia waktu itu terutama dalam topik-topik seperti ‘Pity The Poor Keris’, ‘Hang Tuah the Pacifist’ dan ‘From Pigafetta to Panji’.

Perbincangan :

Istilah kerajaan Melayu Tradisional adalah merujuk kepada kerajaan-kerajaan Melayu terawal yang dianggap sebagai asas kepada kewujudan kerajaan Malaysia moden yang wujud pada hari ini.

Rabu, Mei 16, 2012

MPW: Kuliah 4 Hubungan Etnik Pra & Pasca Merdeka

dari ChangkatNingkeBTP
Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia
Hubungan Etnik di Era Penjajahan
Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka
Objektif Pengajaran
1. Membincangkan Hubungan Etnik di zaman Penjajahan
2. Membincangkan Hubungan Etnik di ambang dan pasca kemerdekaan

Selasa, Mei 15, 2012

MPW: Kuliah 3 Model Pembentukkan Negara Bangsa

dari ChangkatNingkeBTP


APAKAH MODEL YANG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?-  Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum. Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi ‘satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau’.-  Kesan dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British, sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai.

MPW: Kuliah 2 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

dari ChangkatNingkeBTP

Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan
Masyarakat
  -  Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat -   sebagai “satu kumpulan manusia” yang   berhubung   secara tetap dan tersusun dalam menjalankan   aktiviti secara kolektif dan   merasakan bahawa   mereka adalah hidup bersama. Terdapat   perhubungan terus menerus di kalangan mereka   yang masih hidup dan kekal selama berabad-  abad.
  - Satu kumpulan / kelompok manusia yang   hidup   saling   berorganisasi, berbincang,   bekerjasama dalam  mengatur kerja    secara kolektif, mampu menyatukan buah   fikiran dan tindakan sehingga terjalin   hubungan antara satu sama lain   serta lahir   satu sistem yang dinamakan sebagai   kebudayaan. 

MPW: Kuliah 1 Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum

dari ChangkatNingkeBTP


  •  Kepada para pelajar, sila baca terlebih dahulu nota ini sebelum kuliah minggu hadapan. Bagi mereka yang inginkan nota ini dalam bentuk pdf, sila email ke hamdan@unisel.edu.my
  • Saya akan menggunakan nota-nota yang dimuatkan di blog ini bagi perbincangan di dalam kuliah mingguan. 
Pengenalan
- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020).
-  Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969)
Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting   yg diperoleh ialah:
1.  Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap
  sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
2.  Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa   pembangunan ekonomi yg seimbang.
3.  Pembangunan ekonomi dan kestabilan   politik   perlu berjalan dgn lancar dan seimbang   agar   tidak wujud kepincangan sehingga   menimbulkan konflik.
Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang.
Persoalannya
1.   Apakah faktor yg boleh membawa     keseimbangan?
2.  Apakah perkara yg perlu dipertahankan   atau   dipelihara untuk menjamin   keseimbangan secara berterusan?
Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis

MPW1133: Pasca Kuliah 14 Mei 2012 (1)

dari ChangkatNingkeBTP

Makluman Subjek
MPW 2133 Pengajian Malaysia (Diploma/Asas)
Nilai Kredit : 3
Semester : 3/2011/2012
Kuliah : Isnin 0800-1400 (Kampus Shah Alam)
Kumpulan : DAM/FoB UNISEL
Hamdan Dato' Mohd Salleh (Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan & Sains Sosial)

Isnin, Mei 14, 2012

Notis Awal Kepada Pelajar MPW

dari ChangkatNingkeBTP

Kepada para pelajar saya yang mengambil MPW1133 di UNISEL Shah Alam: 

Saya sedang dalam proses kemaskini blog ini untuk menempatkan segala maklumat yang diperlukan oleh anda semua. Ia selaras dengan perbicangan dalam kuliah pada 14 Mei 2012.

Harap sentiasa mengakses blog ini dan blog Blog Hamdan M Salleh untuk info terkini bermula 15 Mei 2012. Blog Dunia Mendan ini akan menempatkan nota rasmi kuliah MPW manakala Blog Hamdan M Salleh pula akan menerangkan dengan lebih lanjut  isu-isu berkaitan menerusi artikel-artikel berkaitan.

Selain itu saya boleh dihubungi menerusi email UNISEL Hamdan atau follow Twitter HamdanMSalleh

Selamat belajar dan moga menjadi insan sukses dunia dan akhirat.

Hamdan Mohd Salleh

Advocating for People with Disabilities (PWD) in Islam

dari ChangkatNingkeBTP   This article explores the Islamic perspective on advocating for people with disabilities (PWD), highlighting the ...