Parlimen Hulu Selangor bukan sekadar sebuah kawasan pilihan raya. Ia adalah makmal politik yang sangat menarik: separa bandar, separa desa, ada FELDA, ada kawasan tradisi Melayu, ada pengundi India ladang, ada pengundi Cina pekan, ada penjawat awam, ada peneroka, ada kelas pekerja, dan semakin ramai pengundi muda serta penghuni taman-taman baharu seperti Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Serendah dan Batang Kali. Bagi Dr Dan, pengalaman di lapangan Hulu Selangor sejak PRU 2008, PRK 2010 dan pilihan raya berikutnya memberi satu pengajaran besar: Hulu Selangor bukan kerusi yang boleh dimenangi dengan poster, ceramah besar atau slogan nasional semata-mata. Ia mesti dimenangi melalui jaringan akar umbi, kerja rumah lokaliti, sentuhan kampung, isu kos hidup, keyakinan pengundi Melayu, dan hubungan tulen dengan pengundi India serta Cina. 1. Rekod Keputusan: Dari Gelombang 2008 ke Kejutan 2022 Keputusan 2008 menunjukkan PKR menang dengan hanya 198 undi , menjadikan Hulu Selangor antara simbol a...
Seorang introvert yang menyimpan impian besar. Insan yang juga seorang pendidik, penyelidik dan pencetus gagasan yang percaya bahawa ilmu mesti membawa makna kepada masyarakat. Membawa suara #MengupayaOKU, sambil berkongsi pandangan tentang akademik, kepimpinan, advokasi, isu dunia, bola sepak, kisah-kisah inspirasi, dan tentunya — Liverpool.