Langkau ke kandungan utama

Status Quo di N31 Bagan Pinang

dari ChangkatNingkeBTP

Calon Barisan Nasional Tan Sri Mohd Isa Samad mengekalkan kerusi BN-UMNO di Bagan Pinang dengan majoriti undi 5,435. Beliau menndapat undi sebanyak 8,013 manakala calon PAS-PR Zulkefly Mohamad Omar mendapat 2,578.

Kemenagang ini menamatkan kemenangan berturut-turut PR dalam PRK di Semenanjung sejak PRU-12 2008. Ia juga membuktikan bahawa selain di PRK Parlimen Kuala Terengganu, tiada perubahan ketara dalam corak mengundi rakyat Malaysia. Semua PRK kecuali di KT sejak Mac 2008 menyaksikan parti penyandang mempertahankan kerusi masing-masing.

Walaubagaimanapun, sesuatu perlu dilakukan oleh PAS terutama jika diambilkira apa yang berlaku di PRK Manik Urai dan Bagan Pinang. Persoalan seperti menurunnya sokongan terhadap PAS bukan satu perkara yang boleh diambil ringan. Satu bentuk kajian perlu dilakukan segera bagi menilai semula kekalahan dan pengurangan undi di kedua-dua kawasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UNISEL Dah Masuk Ranking Asia. MPU Masih Boleh Biasa-Biasa?

Cuba bayangkan dua berita tentang kampus sampai pada hari yang sama. Satu, UNISEL naik satu anak tangga dalam ranking Asia Tenggara. Satu lagi, mahasiswa akhirnya berjaya meyakinkan pengurusan supaya laluan ke dewan kuliah boleh digunakan oleh pelajar berkerusi roda. Berita pertama senang dijadikan poster. Berita kedua mengubah cara seseorang sampai ke kelas. Bila nama Universiti Selangor (UNISEL) masuk QS Asia edisi 2026 , dalam kelompok 1,101–1,200 , ada yang mungkin tanya, “Nombor macam itu pun nak diraikan?” Ya, saya rasa patut. Dalam senarai Asia Tenggara , UNISEL pula bergerak daripada kedudukan bersama ke-173 pada edisi 2026 kepada kedudukan bersama ke-172 pada edisi 2027 . Kita boleh gembira dengan langkah itu. Tahniah kepada senmua yang terlibat dan menyumbang. Cuma selepas ucapan tahniah, elok kita tanya soalan yang lebih susah. Apa yang mesti berubah di kampus supaya kemajuan itu dirasai oleh mahasiswa sendiri? Kenapa UNISEL perlu masuk ranking? Sebab kita perlu tahu di mana...

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

PRN Melaka 2026 — Analisis setakat 9 November 26

BN berada di landasan untuk kekal sebagai kuasa terbesar di Melaka. Unjuran asas saya ialah BN 21 kerusi, PH 5 dan PN 2, menjadikan Muafakat Melaka 23 daripada 28 kerusi. Pertarungan yang paling menarik ialah sama ada PN boleh mengambil Bukit Katil daripada PH, sama ada PH boleh mengambil Paya Rumput yang dilepaskan BN kepada PN, dan sama ada BERSATU boleh menembusi Sungai Udang atau Pantai Kundor . SPR mengesahkan 79 calon bagi 28 kerusi. Majoriti mudah ialah 15 kerusi , manakala dua pertiga memerlukan 19 kerusi . Undi awal berlangsung pada 10 November dan pengundian pada 14 November. Unjuran ini menggunakan keputusan 2021, senarai calon muktamad dan laporan lapangan yang diterbitkan sehingga 9 November. Angka di bawah ialah penilaian kerusi secara kualitatif. Kadar pemindahan undi dan perbezaan kadar keluar mengundi masih menjadi ketidakpastian utama. spr.gov.my Apa yang kelihatan di lapangan Hisommudin Bakar dari Ilham Centre melaporkan pada 9 November bahawa gerak kerja BN–PN l...