Langkau ke kandungan utama

Masalah Kenaikan Pangkat Dalam Organisasi

dari ChangkatNingkeBTP

SATU daripada masalah yang paling mendesak yang perlu ditangani dalam pengurusan sumber manusia di Malaysia adalah mengenai masalah orang-orang yang layak sering tersisihkan bila masa tiba untuk kenaikkan pangkat atau yang bersangkutan.

Setiap kenaikkan adalah pengiktirafan kepada mereka yang boleh melakukan tugas dengan baik dan biasanya siapa yang akan terbukti menyumbang dengan cemerlang akan dinaikkan ke hieraki yang lebih tinggi pentadbiran.

Saya berani mengatakan bahawa kes-kes ketidakadilan dalam kenaikkan pangkat bukan satu kes terpencil atau bersendirian. Hal ini berleluasa dalam kerajaan dan organisasi milik kerajaan hingga ke tahap membawa kepada keadaan kecewa dan frustrasi di kalangan para pekerja.

Masalah ini akan kerap terjadi sekiranya pembuat keputusan terdiri dari orang-orang yang diragui integriti dan pengalaman mereka. Mereka bertindak secara tidak adil dan sambil leka tanpa menilai secara mendalam tentang apa yang patut dinilai.

Ini menyebabkan trauma tidak hanya bagi individu yang bersangkutan, tetapi untuk seluruh perkhidmatan yang tergendala dan terjejas kerana cara yang tidak adil dalam menaikkan pekerja . Seluruh organisasi akan terjejas dan akhirnya akan memberi impak negatif kepada negara secara holistik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENUJU PRN MELAKA 2026: NEGERI KECIL, PERUBAHAN POLITIK BESAR

Melaka kecil pada peta, tetapi jangan kecilkan makna politiknya. Negeri ini pernah menjadi kubu Barisan Nasional, beralih kepada Pakatan Harapan pada 2018, kemudian menyaksikan BN kembali dengan kemenangan besar dalam PRN 2021. Sejarah itu mengingatkan kita bahawa pengundi Melaka boleh berubah. Tiada parti mempunyai geran kekal terhadap kesetiaan rakyat. Kini, hari mengundi ditetapkan pada 14 November 2026 , dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. Persoalannya bukan sekadar siapa akan menang, tetapi apakah perubahan yang sedang berlaku dalam hubungan antara parti, pemimpin dan pengundi Melaka. Pada hemat saya, PRN kali ini perlu dibaca sebagai pertembungan antara tiga perkara: kekuatan organisasi lama, hubungan politik yang semakin cair, dan tuntutan rakyat terhadap hasil pentadbiran. Kemenangan 2021 bukan jaminan untuk 2026 Dalam PRN 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, berbanding lima kerusi PH dan dua kerusi PN. Namun, kadar keluar mengundi k...

PRU Akan Datang: Cukuplah Mengukur Suhu, Sekarang Masa Bertindak!

Menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, akan semakin banyaklah survei dibuat. Berapa peratus sokongan kepada kerajaan? Bagaimana penerimaan terhadap PMX? Parti mana sedang naik? Siapa pula semakin tenggelam? Survei itu penting. Saya sendiri orang penyelidikan. Tetapi kalau setiap bulan kita mengukur suhu, sedangkan penyakit tidak dirawat, akhirnya kita cuma menjadi pakar membaca termometer. Sekarang bukan semata-mata masa untuk mengetahui apa yang rakyat fikir. Sekarang masa untuk melakukan sesuatu terhadap perkara yang merisaukan rakyat. Andai parti-parti yang memerintah mahu terus mendapat mandat, mereka perlu memahami satu perkara: kemenangan tidak boleh disandarkan kepada harapan bahawa rakyat akan faham sendiri segala usaha kerajaan. Rakyat ada kehidupan untuk diurus. Ada bil untuk dibayar. Ada anak untuk disekolahkan. Mereka tidak mempunyai masa untuk meneliti setiap ucapan menteri dan menyambungkan sendiri pengumuman kerajaan dengan perubahan dalam kehidupan mereka. Di situlah ...

Tun Dr Siti Hasmah: Kasih yang Melihat Potensi Anak Cerebral Palsy

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengundang rasa dukacita yang mendalam. Saya merakamkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga. Malaysia kehilangan seorang tokoh yang dikenang kerana kelembutan budi dan kesediaannya mendekati mereka yang memerlukan perhatian.  Sebagai mantan Presiden Malaysian Advocate for Cerebral Palsy , saya ingin mengenang satu sisi khidmat beliau yang dekat di hati komuniti kami. Rekod Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang mencatatkan bahawa pada November 1981, Tun Dr Siti Hasmah melawat pusatnya dan membawa sumbangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Catatan itu mungkin ringkas, tetapi bagi sebuah pusat yang berusaha menyediakan pendidikan dan sokongan kepada anak-anak, kehadiran dan bantuan sedemikian mempunyai makna yang besar.  Kunjungan itu mengingatkan kita bahawa perjuangan anak cerebral palsy dan keluarga mereka sentiasa memerlukan lebih daripada simpati. M...