Langkau ke kandungan utama

YB Azmin Ali Jejak Kaki ke Rumah Azwan Selepas 9 Tahun




dari ChangkatNingkeBTP

p/s - Mana Ummi Hafilda? Tak nampak pun?

DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.



Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.

"Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.
Walau apa pun sengketa yang pernah berlaku, air cincang tidak akan putus...



Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya.

"Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.

Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca.

Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku.
Kemeriahan di rumah Azwan tatkala menerima kedatangan Azmin jelas membayangkan bunga-bunga sebuah keluarga bahagia

Seorang lagi abang yang tua, Azman Ali, 46, seorang ahli perniagaan, muncul sejurus kemudian dengan keluarganya. Bertambah meriah suasana di rumah banglo berkembar dua tingkat milik Azwan yang terletak di Taman Andaman, Ukay Perdana petang tadi.

Nasi minyak istimewa dari air tangan Mak Tom bersama rendang tok dan dendeng berlada menanti di meja makan. Azwan pula tidak menang tangan melayan anak-anak buah yang berlari riang di dalam rumah.

Biarpun sudah besar panjang dan mempunyai keluarga masing-masing, baik Azmin, Azwan dan Azman tetap dilayan dengan manja oleh Mak Tom.

Sebagai hos yang terkenal dengan aksi riuh rendahnya, Azwan berjaya mencuit hati Azmin. Mungkin juga beliau rindu melihat gelagat begitu selama ini.

Sesekali, Azwan meminta izin abangnya untuk bergambar bersama.Dan setiap kali lensa kamera di arah ke wajahnya sambil Azwan berposing di sebelahnya, Azmin yang kelihatan agak kekok pada mulanya, hanya tersenyum.
Azwan menyajikan nasi mintak untuk abangnya Azmin dan isterinya, Shamsidar

"Saya tak biasa....," tuturnya lembut.

Ketika ditanya tentang karier Azwan, Azmin berkata adiknya itu sememang dilahirkan untuk menjadi anak seni.

"Dari kecil lagi, Azwan suka menjadi pengacara. Waktu sekolah dulu, kayu di belakang rumah akan dijadikan mikrofon dan dia akan beraksi seolah-olah dia seorang pengacara.

"Saya sokong apa jua karier pilihannya cuma saya tidak berapa minat hiburan. Jarang saya membaca ruangan hiburan. Bukan tidak mengikuti karier Azwan tapi saya terlalu sibuk," jelas Azmin.

Katanya lagi, "Apa pun yang kita buat, mesti ada kesederhanaan (There must be moderation in everything)."



Azmin melahirkan rasa syukurnya dengan pertemuan hari ini sambil mengimbau apa yang pernah berlaku satu ketika dulu.

"Pada tahun 2000, waktu saya melakukan umrah buat pertama kalinya, saya memohon agar Tuhan satukan kembali kami adik beradik. Alhamdulillah setelah 9 tahun, doa saya dikabulkan. Saya rasa sungguh gembira dengan pertemuan ini.

"Sekarang kami seperti satu keluarga bahagia ...one happy family again. I miss this for some years. Sememangnya ini yang saya harapkan setelah insiden tahun 2000 itu... supaya keluarga saya jadi kuat dan bersatu," katanya dengan penuh makna.

Kata Azmin lagi, "Saya hargai pertemuan seperti ini sebab itu saya tolak undangan open house yang lain untuk hadir ke rumah adik saya. Saya ada 17 jemputan 'open house' hari ini. Saya terpaksa menolak undangan beberapa rumah kerana ingin datang juga ke rumah Azwan."

Ternyata pertemuan adik beradik petang itu yang disaksikan Mak Tom, membawa lembaran tersendiri yang cukup indah dan bermakna.

Menurut Azmin, kesibukannya sebagai ahli politik, selalu menjadi momen begini terlalu sukar.

"Tapi insyaAllah kalau ada kesempatan lain, saya akan datang lagi. Saya cukup menghargai kesempatan seperti ini," jelas Azmin, anak keempat dari 6 beradik./MStar Online

Ulasan

nun berkata…
comel lak muke azwan ali time ni en.hamdan..hahahahahahaaha :P

Catatan popular daripada blog ini

Siapa Kata Apa? Meneliti Analisis Penganalisis Politik Menjelang PRN Johor 2026

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026, rakyat disajikan dengan pelbagai analisis, tinjauan, ulasan media dan pandangan pakar. Ada yang berasaskan kajian lapangan, ada yang menggunakan data statistik dan pengalaman akademik, manakala sebahagiannya merupakan tafsiran terhadap dinamik politik semasa. Namun, satu perkara sering mengelirukan masyarakat ialah kecenderungan menyamakan kajian pendapat awam , analisis politik , senario pilihan raya dan ramalan keputusan . Hakikatnya, keempat-empatnya mempunyai tujuan dan metodologi yang berbeza. Artikel ini menghimpunkan pandangan beberapa institusi penyelidikan dan penganalisis politik utama bagi membantu pembaca memahami apa yang sebenarnya mereka katakan menjelang PRN Johor 2026. Memahami Empat Kategori Analisis Sebelum meneliti pandangan setiap penganalisis, penting untuk membezakan empat kategori berikut: Dapatan Kajian (Survey Findings) Merupakan hasil tinjauan saintifik terhadap sampel pengundi menggunakan metodologi penyelidik...

PRN Johor dan Piala Dunia 2026: Bila Parti Politik Masuk Padang Bola

Ada dua perkara yang mampu membuat rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi penganalisis sepenuh masa: politik dan bola sepak. Bila Piala Dunia berlangsung, semua orang tahu formasi. Bila PRN datang, semua orang tahu sentimen akar umbi. Yang menariknya, Piala Dunia 2026 dan PRN Johor kali ini seperti berjalan dalam bahasa yang sama: ada pasukan lama yang mahu kekal sebagai kuasa besar, ada pasukan muda yang mahu menggugat, ada pasukan yang kaya sejarah tetapi sedang mencari semula magis, dan ada juga pasukan kecil yang masuk padang bukan semata-mata mahu menang piala, tetapi mahu merosakkan permainan orang lain. Johor pula bukan padang biasa. Ini bukan sekadar perlawanan persahabatan hujung minggu. Ini padang besar, rumputnya tebal, penyokongnya garang, sejarahnya panjang. Di sinilah UMNO mahu membuktikan ia masih Perancis politik Melayu Johor. Di sinilah PH mahu menunjukkan mereka bukan sekadar pasukan yang cantik di atas kertas. Di sinilah PN mahu menguji sama ada gelombang mereka boleh sam...

Selepas Peti Undi Ditutup: Siapa Paling Tepat Membaca Johor 2026?

Pilihan raya bukan sahaja menguji calon, parti dan jentera politik. Pilihan raya juga menguji ketepatan penganalisis. Sebelum rakyat Johor keluar mengundi, pelbagai institusi penyelidikan, penganalisis politik dan pusat kajian telah mengemukakan dapatan, pandangan serta jangkaan masing-masing. Ada yang berani mengunjurkan jumlah kerusi. Ada yang sekadar mengenal pasti kecenderungan pengundi. Ada pula yang membina beberapa senario berdasarkan kadar keluar mengundi, kekuatan jentera dan perubahan sokongan mengikut segmen pengundi. Selepas keputusan diumumkan, semua analisis tersebut wajar dinilai semula. Namun penilaian tidak boleh dibuat secara simplistik dengan bertanya: “Siapa teka jumlah kerusi dengan tepat?” Analisis politik yang baik perlu dinilai sekurang-kurangnya daripada tiga sudut: Adakah penganalisis membaca arah keputusan dengan betul? Sejauh manakah unjuran jumlah kerusinya menghampiri keputusan sebenar? Adakah faktor yang dikenal pasti benar-benar menjelaskan tingkah laku...