Langkau ke kandungan utama

YB Azmin Ali Jejak Kaki ke Rumah Azwan Selepas 9 Tahun




dari ChangkatNingkeBTP

p/s - Mana Ummi Hafilda? Tak nampak pun?

DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.



Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.

"Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.
Walau apa pun sengketa yang pernah berlaku, air cincang tidak akan putus...



Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya.

"Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.

Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca.

Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku.
Kemeriahan di rumah Azwan tatkala menerima kedatangan Azmin jelas membayangkan bunga-bunga sebuah keluarga bahagia

Seorang lagi abang yang tua, Azman Ali, 46, seorang ahli perniagaan, muncul sejurus kemudian dengan keluarganya. Bertambah meriah suasana di rumah banglo berkembar dua tingkat milik Azwan yang terletak di Taman Andaman, Ukay Perdana petang tadi.

Nasi minyak istimewa dari air tangan Mak Tom bersama rendang tok dan dendeng berlada menanti di meja makan. Azwan pula tidak menang tangan melayan anak-anak buah yang berlari riang di dalam rumah.

Biarpun sudah besar panjang dan mempunyai keluarga masing-masing, baik Azmin, Azwan dan Azman tetap dilayan dengan manja oleh Mak Tom.

Sebagai hos yang terkenal dengan aksi riuh rendahnya, Azwan berjaya mencuit hati Azmin. Mungkin juga beliau rindu melihat gelagat begitu selama ini.

Sesekali, Azwan meminta izin abangnya untuk bergambar bersama.Dan setiap kali lensa kamera di arah ke wajahnya sambil Azwan berposing di sebelahnya, Azmin yang kelihatan agak kekok pada mulanya, hanya tersenyum.
Azwan menyajikan nasi mintak untuk abangnya Azmin dan isterinya, Shamsidar

"Saya tak biasa....," tuturnya lembut.

Ketika ditanya tentang karier Azwan, Azmin berkata adiknya itu sememang dilahirkan untuk menjadi anak seni.

"Dari kecil lagi, Azwan suka menjadi pengacara. Waktu sekolah dulu, kayu di belakang rumah akan dijadikan mikrofon dan dia akan beraksi seolah-olah dia seorang pengacara.

"Saya sokong apa jua karier pilihannya cuma saya tidak berapa minat hiburan. Jarang saya membaca ruangan hiburan. Bukan tidak mengikuti karier Azwan tapi saya terlalu sibuk," jelas Azmin.

Katanya lagi, "Apa pun yang kita buat, mesti ada kesederhanaan (There must be moderation in everything)."



Azmin melahirkan rasa syukurnya dengan pertemuan hari ini sambil mengimbau apa yang pernah berlaku satu ketika dulu.

"Pada tahun 2000, waktu saya melakukan umrah buat pertama kalinya, saya memohon agar Tuhan satukan kembali kami adik beradik. Alhamdulillah setelah 9 tahun, doa saya dikabulkan. Saya rasa sungguh gembira dengan pertemuan ini.

"Sekarang kami seperti satu keluarga bahagia ...one happy family again. I miss this for some years. Sememangnya ini yang saya harapkan setelah insiden tahun 2000 itu... supaya keluarga saya jadi kuat dan bersatu," katanya dengan penuh makna.

Kata Azmin lagi, "Saya hargai pertemuan seperti ini sebab itu saya tolak undangan open house yang lain untuk hadir ke rumah adik saya. Saya ada 17 jemputan 'open house' hari ini. Saya terpaksa menolak undangan beberapa rumah kerana ingin datang juga ke rumah Azwan."

Ternyata pertemuan adik beradik petang itu yang disaksikan Mak Tom, membawa lembaran tersendiri yang cukup indah dan bermakna.

Menurut Azmin, kesibukannya sebagai ahli politik, selalu menjadi momen begini terlalu sukar.

"Tapi insyaAllah kalau ada kesempatan lain, saya akan datang lagi. Saya cukup menghargai kesempatan seperti ini," jelas Azmin, anak keempat dari 6 beradik./MStar Online

Ulasan

nun berkata…
comel lak muke azwan ali time ni en.hamdan..hahahahahahaaha :P

Catatan popular daripada blog ini

MPW : SOALAN TUGASAN KUMPULAN

dari ChangkatNingkeBTP Tugasan ini mewakili 30% dari keseluruhan markah MPW. Setiap kumpulan ( maksimum 5 pelajar ) hanya perlu memilih 1 (SATU) sahaja soalan untuk dijadikan soalan kumpulan.   Format tugasan kumpulan adalah seperti yang diperjelaskan di dalam kuliah pada 14 Mei 2012 Sila lakukan perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing berkenaan topik yang ingin dipilih Sila isi ruangan komen dalam topik ini dengan menyatakan tajuk yang dipih & ahli-ahli kumpulan berserta nombor matrik masing-masing SOALAN TUGASAN :

SIARAN MEDIA IESAD UNISEL BERKAITAN PRN NEGERI SEMBILAN 2026: BN-PN MEMPUNYAI KELEBIHAN, NAMUN PERTARUNGAN MASIH TERBUKA DI KERUSI MARGINAL

Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi atau Institute of Electoral Studies and the Advancement of Democracy (IESAD) merupakan sebuah institut penyelidikan, badan pemikir dan pusat konsultansi di bawah Universiti Selangor (UNISEL). Sejak ditubuhkan pada 27 Februari 2017, IESAD menjalankan penyelidikan berkaitan pilihan raya, demokrasi, tingkah laku pengundi, pendidikan politik, impak sosial dan tadbir urus. IESAD turut terlibat dalam latihan enumerator, kajian lapangan, analisis data serta khidmat konsultansi kepada kerajaan, institusi, organisasi dan pihak berkepentingan. Menjelang hari pengundian PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026, IESAD telah meneliti dapatan beberapa badan penyelidikan dan penganalisis utama, di samping mengambil kira pemerhatian lapangan TEAM IESAD sepanjang tempoh kempen. IESAD berpandangan bahawa semua unjuran perlu dibaca sebagai gambaran sentimen semasa dan bukannya keputusan muktamad. Perubahan kecil dalam kadar keluar mengundi, pemindaha...

Analisis Awal Politik Negeri Sembilan 2026 : Undi Kaum, Anak Muda dan Kerusi Panas

Catatan masa: Setakat 29 Julai 2026, PRN Negeri Sembilan belum selesai. Pengundian biasa ditetapkan pada 1 Ogos 2026 . Oleh itu, analisis ini merupakan analisis awal menjelang keputusan , bukan analisis pasca-PRN yang muktamad. Analisis sebenar pasca-PRN perlu dibuat selepas keputusan rasmi dan data saluran mengundi diperoleh. Gambaran keseluruhan PRN Negeri Sembilan 2026 bukan sekadar pertandingan menentukan kerajaan negeri. Ia merupakan ujian terhadap tiga perubahan besar politik Malaysia: keupayaan BN mengembalikan dominasi di kawasan Melayu; kemampuan PH mengekalkan gabungan pengundi bandar dan bukan Melayu; dan sejauh mana PN serta Bersatu mampu memecahkan undi Melayu dalam pertandingan tiga penjuru. DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi , dengan 19 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah . Sebelum pembubaran, komposisinya ialah PH 17, BN 14 dan PN 5. Pertukaran pola kerjasama politik menjadikan keputusan 2023 tidak boleh dipindahkan secara langsung kepada PRN 2026.  1. Undi...