Langkau ke kandungan utama

Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI

dari ChangkatNingkeBTP

PENGENALAN
Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebuah sistem persekutuan, mempunyai kuasa yang sama. Pada dasarnya, kelonggaran yang diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan syarat terbentuknya Persekutuan Malaysia. Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan kadangkala dingin.

Federalisme

Mengikut K.C.Wheare (1953), sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara 2 peringkat kerajaan.

Ciri/sifat federalisme:

 Terdapat pembahagian kuasa
 Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya
 Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat.

Pada dasarnaya, pembahagian kuasa, kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam sistem persekutuan adalah jelas.

Latar Belakang Sistem Federalisme

Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat, merupakan identiti politik yang berasingan tetapi diperintah secara tidak langsung.

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Percubaan memperkenalkan sistem Federalisme boleh dikatakan bermula dengan satu usaha menyatukan negeri-negeri Melayu melalui perjanjian Persekutuan 1895.Sistem pemerintahan yang ditubuhkan pada 1896 meletakkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah naungan British. Dua peringkat kerajaan diwujudkan, iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kesatuan Malaya (Malayan Union)

Kesatuan Malaya telah ditubuhkan pada 1 April 1946 sebgai satu usaha menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan berikutan tentangan hebat orang-orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. PTM terdiri daripada 11 negeri anggota.

Sistem kerajaan PTM meletakkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan pusat. Pada peringkat PTM meletakkan kuasa pentadbiran terdiri daripada:

1. Pesuruhanjaya Tinggi British yang dilantik oleh Raja Britain;
2. Majlis Eksekutif Persekutuan; dan
3. Majlis Perundangan Persekutuan

Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963

Cadangan

Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia bukan suatu cadangan baru. Antara sebab yang mendesak ketika itu adalah seperti yang berikut:

 Kegiatan Komunis
 Imbangan penduduk
 Kemerdekaan

Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan

Di Malaysia pembahagian kuasa anatra kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga jelas dan terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Terdapat tiga senarai senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini, iaitu: Senarai I (Persekutuan); Senarai II (Negeri) ; dan Senarai III (Bersama).

Senarai Persekutuan (I)
 Senarai persekutuan mengandungi 27 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia.

Senarai Negeri (II)
 Senarai Negeri mengandungi 12 bidang kuasa dalam Perlembagaan Malaysia.

Senarai Bersama (III)
 Senarai bersama mengandungi 18 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia.





Kuasa Residual

Perkara 77, PP memperuntukkan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mana-mana bidang kuasa yang tidak disenaraikan dalam mana-mana senarai.

Keagungan Perlembagaan (Kerajaan Persekutuan)

Hubungan antara kerajaan dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem Persekutuan adalah memihak kepada kerajaan pusat. Beberapa perkara yang menyebabkan kecenderungan sedemikian.

Peruntukan Perlembagaan

1. Perkara 2(b)
2. Perkara 4 (1)
3. Perkara 75
4. Perkara 73
5. Perkara 76

Bidang Kuasa Kewangan (Senarai I, Item ke 7 Jadual Kesembilan )

Bidang kuasa kewangan kerajaan pusat adalah menyeluruh kerana sebahagian besar daripada punca kewangan kerajaan negeri datangnya daripada peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan pusat.

Geran kepada Negeri (Perkara 109 [1a])

Dibawah perkara 109, Perlembagaan mewajibkan kerajaan persekutuan memberi kepada setiap negeri yang dinamakan ‘pemberian mengikut bilangan orang’

Pemberian Jalan Negeri (Perkara 109[1b])

Dalam perkara yang sama, kerajaan persekutuan juga dikehendaki mengadakan pemberian Jalan Negeri

MASALAH /ISU DALAM HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN

Ketegangan dalam hubungan antara kerajaan adalah satu perkara lazim dalam sebuah negara yang berbentuk persekutuan, beberapa peristiwa telah menyebabkan hubungan antara kerajaan pusat dan negeri.

Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan

Ujian terhadap keutuhan Persekutuan tercabar dengan perpisahan Singapura daripada Persekutuan pada 1965

Darurat 1966, Sarawak

Darurat 1966 telah diisytiharkan dan ia berkait dengan usaha menumbangkan kepimpinan Datuk Stephen kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak (1963-66) kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan dan Kepimpinan Persekutuan.

Darurat 1977, Kelantan

Darurat 1977 telah diisytiharkan dan ia berkait denga usaha menumbangkan kepimpinan dan pengaruh PAS di Kelantan

Kerajaan Di bawah Kepimpinan Parti Pembangkang

Pada 1980-an dan 1990-an, hubungan tegang antara kerajaan pusat dan negeri disebabakan parti pemerintah pada peringkat negeri adalah bukan parti komponen pemerintah pada peringkat nasional

Sabah

Ketegangan hubungan antara kerajaan bermula dengan kemenangan Parti Berastu Sabah (PBS) pada 1984.

Kelantan

Hubungan tegang antara kerajaan pusat dengan pemerintahan Kelantan pimpinana PAS muncul sekali lagi setelah PAS bertapak semula di negeri itu selepas pilihan raya 1990.

KESIMPULAN

Federalisme addalah satu rangka menyatuoadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasinagan. Hubungan antara kerajaan dalam federalisme berpusat kepada persoalan persaingan kuasa. Dalam hal ini, pada umumnya kerajaan pusat mempunyai kelebihan seperti yang jelas dinyatakan dalam beberapa perkara dalam perlembagaan Malaysia. Perpisahan Singapura dari Persekutuan pada 1965 adalah merupakan satu daripada cara penyelesaian dalam hubungan antara kerajaan yang sudah tidak dapat dibaikpulih.

Ulasan

Unknown berkata…
Apakah tiga kriteria konsep federalisme?

Berikan empat peranan yang di pertuan agong?

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa Melayu Masih Takut DAP?

Selepas DAP membuat keputusan besar untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan, satu persoalan yang jauh lebih sukar perlu dijawab. Kenapa selepas enam dekad berada dalam politik Malaysia, sebahagian orang Melayu masih takut, curiga atau sekurang-kurangnya tidak selesa dengan DAP? Saya sengaja menggunakan perkataan sebahagian . Jangan kita melakukan kesilapan dengan menganggap semua orang Melayu anti-DAP. Melayu bukan satu blok politik yang homogen. Melayu bandar tidak semestinya berfikir seperti Melayu luar bandar. Melayu muda tidak semestinya mempunyai pertimbangan sama seperti generasi lebih tua. Melayu profesional, penjawat awam, peneroka, kelas pekerja, agamawan dan usahawan mempunyai pengalaman serta keresahan yang berbeza. Namun kita juga tidak boleh menafikan bahawa terdapat tembok ketidakpercayaan yang nyata . Anthony Loke sendiri mengakuinya dalam Kongres DAP pada 16 Ogos 2026. Selepas kehilangan kerusi Chennah yang dipegangnya selama tiga penggal, beliau menyifatkan usaha menembus...

DAP Kekal Dalam Kerajaan: Menang Undi Perwakilan, Belum Menang Hati Melayu

Keputusan sudah dibuat. Pada Persidangan Kebangsaan DAP pada 16 Ogos 2026, seramai 1,857 daripada 2,106 undi sulit atau 88.2 peratus memilih supaya pimpinan DAP terus berada dalam Kerajaan Perpaduan. Hanya 242 undi memilih supaya pimpinan parti melepaskan jawatan dalam kerajaan. Keputusan ini bermakna lima menteri dan tujuh timbalan menteri DAP meneruskan khidmat mereka dalam pentadbiran yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi saya, keputusan ini tidak mengejutkan. Malah, dalam keadaan politik semasa, kekal dalam Kerajaan Perpaduan merupakan pilihan paling rasional untuk DAP . Tetapi jangan tersilap membaca keputusan tersebut. DAP menang besar dalam referendum dalaman parti. Namun DAP belum menyelesaikan persoalan politik yang jauh lebih besar: Bagaimana hendak meyakinkan orang Melayu bahawa DAP bukan ancaman kepada mereka? Itulah peperangan politik sebenar DAP selepas ini. Anthony Loke sendiri mengakuinya. Dalam persidangan tersebut beliau menyifatkan cabaran mendapatkan sokonga...

Di Sebalik Ucapan Anwar — Mampukah KEADILAN Gagah Selepas Luka Sabah, Johor & NS, Menuju Ujian Melaka?

Sebagai seorang yang menjadikan Parti KEADILAN sebagai subjek penyelidikan di peringkat PhD, saya melihat ucapan dasar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka bukan sekadar pidato seorang presiden parti. Ia ialah ucapan seorang pengasas yang sedang melihat partinya berada pada persimpangan paling rumit sejak KEADILAN menjadi kerajaan. Anwar tidak lagi bercakap dari pentas pembangkang. Beliau bercakap sebagai Presiden KEADILAN, Perdana Menteri, ketua Kerajaan Perpaduan dan tokoh yang perlu mengimbangi cita-cita reformasi dengan realiti sebuah kerajaan gabungan. Pada masa sama, ucapan itu disampaikan ketika KEADILAN dan Pakatan Harapan sedang menerima beberapa amaran keras daripada pengundi. Di Sabah, PH hanya memenangi satu daripada 20 kerusi yang ditandingi dalam PRN 2025. Di Johor, PH sekadar memperoleh lapan daripada 56 kerusi, berbanding 48 kerusi yang dimenangi BN. Selepas itu, prestasi PH dalam PRN Negeri Sembilan turut memperlihatkan kemerosotan be...