dari ChangkatNingkeBTP Abstrak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 telah dijalankan pada 7 hb Mei 2016. Ia melibatkan pemilih biasa sejumlah 1,113,552, 25,022 pemilih awal serta 106 pemilih tidak hadir luar negara. Sejumlah 82 kerusi Dewan Negeri telah dipertandingkan iaitu penambahan 11 kerusi berbanding PRN kali ke-10, 2011. Politik Sarawak sememangnya berbeza dari segi budaya dan komposisi etnik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat dan khususnya penganalisis politik tempatan mula mengkaji dan ingin mengenali lebih mendalam budaya politik Sarawak. Dari aspek geografi, Sarawak terletak di Kepulauan Borneo bersama Sabah, Brunei dan Indonesia (Kalimantan). Penulisan ini menganalisis secara ringkas keputusan PRN Sarawak 2016 dengan memberi penekanan kepada prestasi parti-parti politik utama yang bertanding.