Langkau ke kandungan utama

Catatan

Program MPU CDFS Mengupayakan OKU

dari ChangkatNingkeBTP Program MPU CDFS Mengupayakan OKU Mahasiswa UNISEL peduli golongan kurang upaya SELANGOR    September 3, 2017 9:46 pm    63 OLEH NAEEM RAFFI SHAH ALAM, 3 SEPT: Komited melahirkan belia dan masyarakat yang prihatin terhadap kanak-kanak istimewa, Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan Program Cakna Insan Autistik dan Disleksia UNISEL 2017, baru-baru ini. Program anjuran mahasiswa yang menyertai kursus Khidmat Masyarakat itu turut memuatkan forum bertajuk ‘Membentuk Generasi OKU yang Cemerlang’.  Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi, Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh selaku moderator membincangkan isu-isu berkenaan golongan kurang upaya disamping memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk mendalami dan menanam sikap hormat serta sayang kepada golongan istimewa. Antara panel yang hadir adalah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Dr Rina Abdul Shukor, Pengarah Gening World Solution...

Cabaran Pengajian Asasi Menuju Industri 4.0 : Dari Sudutpandang Membina Manusiawi

dari ChangkatNingkeBTP Ucaptama oleh Dr Hamdan Mohd Salleh  NATIONAL PRE-UNIVERSITY SEMINAR 2017 (NPreUS 2017) “Cabaran Pengajian Asasi Menuju Industri 4.0 : Dari Sudutpandang Membina Manusiawi” Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala Puji Bagi ALLAH Tuhan Tuan Punya Seluruh Alam Selawat buat Nabi Junjungan Muhammad, Pembawa Rahmat Seluruh Alam. Pengajian Asasi atau pra-universiti secara kebiasannya merupakan program akademik 3 semester (1 tahun) yang dibentuk khusus untuk menyediakan pelajar-pelaja r lepasan SPM untuk menyambung kembara ilmu mereka ke peringkat Sarjana Muda. Dalam dunia menuju ke arah globalisasi total, tentunya cabaran amat besar dalam menghadapi gelombang kemajuan industri yang dikenali sebagai Industri 4.0. Bicara ucaptama ini tidak tertumpu kepada persedian akademik semata-mata dalam menghadapi cabaran berkenaan. Fokus ucaptama ini adalah untuk membincangkan secara asas dan ringkas mengenai  pengimbangan ...

Epilog...PRK Tanjung Datu

dari ChangkatNingkeBTP Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjung Datu telah diadakan pada 18 Februari 2017 susulan kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari 2017. Kerusi ini disandang oleh Allahyarham sejak PRN 2006. Kawasan dun Tanjung Datu ini mempunya profil pengundi seimbang dari segi kaum dengan 51.21% Melayu/Melanau, 20.97% Cina, 13.26% Iban dan 14.56% Bidayuh. Kerusi DUN Tanjung Datu ini sememangnya merupakan kubu kuat BN/PBB sejak dari dulu. Sejak Tan Sri Adenan menjadi ADUN di kawasan berkenaan sejak 2006, majoriti beliau agak menurun terutama sebelum dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada 2001, majoriti beliau adalah 5,497 manakala pada 2006 beliau menang dengan majoriti menurun kepada 4,136. Pada PRN 2011, majoriti beliau merosot kepada 3,216. Hanya apabila beliau menjadi Ketua Menteri yang mengetuai PRN 2016,  Tan Sri Adenan Satem menang besar setelah  memperoleh undi 6,360 dengan  majoriti sebanyak 5,892 (70.1%...

Tahniah 106 Penerima Anugerah Dekan CDFS

dari ChangkatNingkeBTP

Wawancara Bersama Lando Zawawi Vrus

dari ChangkatNingkeBTP Pada 27 Ogos 2017 yang lalu saya berkesempatan menjadi moderator sembang santai. Kali ini Ikon yang dijemput adalah Cip Brotherhood, Bro Lando. Sangat hebat perjuangan beliau. Sila tonton video yang disertakan.

Catatan Introvert: PASCA SPM ...PENETAPAN MATLAMAT SEBELUM KE UNIVERSITI

dari ChangkatNingkeBTP Imbas kembali senario berikut. Ini berlaku hampir 26 tahun lalu. Saya bersekolah menengah aliran agama  di sebuah sekolah menengah agama JAIS di Shah Alam. Keputusan SPM saya sederhana sahaja. Namun, layak lah ke universiti. Harapan keluarga cukup menggunung tinggi untuk melihat bukan sahaja saya masuk universiti, tetapi ke Universiti Malaya. Dek kerana prestij dan nama universiti yang gah. Isunya adakah saya layak? Apakah ada bidang yang menjadi minat saya? Adakah ini yang saya inginkan? Budak introvert macam saya tentunya sukar meluah pandangan. Lebih banyak melihat dan mengimpi.

Penulisan Terbaru dalam Pinjamkan Dia Sebentar

dari ChangkatNingkeBTP Penulisan terkini saya kali ini amat berlainan dengan penulisan2 sebelum ini. Mengenai kisah kami sekeluarga sejak punya anak istimewa. C erita tentang Nur Amanina Hannah. Amat sukar sekali menyiapkan dek kerana runtunan emosi. Amat sukar sekali meluahkan dalam bentuk penulisan berkenaan kisah 8 tahun suka-duka dan liku2 cabaran punya anak Cerebral Palsy. Demi kepercayaan yang diletakkan oleh rakan2 seperjuangan, ku gagahi jua ...Kekuatan ku dan famili adalah Hannah Moga Allah memudahkan usaha penulisan ini. Alhamdulillah Alah bagi kekuatan untuk siapkan juga.