Langkau ke kandungan utama

Catatan

Borussia Dortmund: Belajar Jatuh, Belajar Bangun

"Trophy is the RESULT. CULTURE is the cause. Dortmund tidak bangkit kerana mereka melupakan kegagalan. Mereka bangkit kerana belajar daripadanya. 1. Belajarlah dari Borussia Dortmund. Sejarah panjangnya sejak 1909 sangat menarik untuk ditelaah. 2. Ditubuhkan oleh anak-anak muda reformis (antaranya adik beradik Braun, Cleve, Debest dll) akibat menongkah arah dengan status quo. 3. Ia pernah jatuh pada tahun 1929 akibat kerana membeli pemain-pemain mahal. Kelab ini bangkit dan jakit dan jatuh semula. Bangkit kerana disokong oleh penyokong tidak bernama. 4. Masuk liga regional negeri tahun 1946 - dapat beberapa kejuaraan dan akhirnya masuk liga Federal DFB tahun 1962. 5. Era kegemilangan tahun 1992 apabila muncul Ottmar Hitzfeld. Menang liga 1995 & 1996. Juara juara Eropah 1996/97 tewaskan Juventus yang punya bintang bernama Zidane. Tahun 1997 pula jadi Juara Dunia. Coach ini disokong oleh hulubalang2 hebat seperti Matthias Sammer, Karl-Heinz Riedle, Paul Lambert, Andreas Moller ...

SIARAN MEDIA IESAD UNISEL BERKAITAN PRN NEGERI SEMBILAN 2026: BN-PN MEMPUNYAI KELEBIHAN, NAMUN PERTARUNGAN MASIH TERBUKA DI KERUSI MARGINAL

Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi atau Institute of Electoral Studies and the Advancement of Democracy (IESAD) merupakan sebuah institut penyelidikan, badan pemikir dan pusat konsultansi di bawah Universiti Selangor (UNISEL). Sejak ditubuhkan pada 27 Februari 2017, IESAD menjalankan penyelidikan berkaitan pilihan raya, demokrasi, tingkah laku pengundi, pendidikan politik, impak sosial dan tadbir urus. IESAD turut terlibat dalam latihan enumerator, kajian lapangan, analisis data serta khidmat konsultansi kepada kerajaan, institusi, organisasi dan pihak berkepentingan. Menjelang hari pengundian PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026, IESAD telah meneliti dapatan beberapa badan penyelidikan dan penganalisis utama, di samping mengambil kira pemerhatian lapangan TEAM IESAD sepanjang tempoh kempen. IESAD berpandangan bahawa semua unjuran perlu dibaca sebagai gambaran sentimen semasa dan bukannya keputusan muktamad. Perubahan kecil dalam kadar keluar mengundi, pemindaha...

Analisis Awal Politik Negeri Sembilan 2026 : Undi Kaum, Anak Muda dan Kerusi Panas

Catatan masa: Setakat 29 Julai 2026, PRN Negeri Sembilan belum selesai. Pengundian biasa ditetapkan pada 1 Ogos 2026 . Oleh itu, analisis ini merupakan analisis awal menjelang keputusan , bukan analisis pasca-PRN yang muktamad. Analisis sebenar pasca-PRN perlu dibuat selepas keputusan rasmi dan data saluran mengundi diperoleh. Gambaran keseluruhan PRN Negeri Sembilan 2026 bukan sekadar pertandingan menentukan kerajaan negeri. Ia merupakan ujian terhadap tiga perubahan besar politik Malaysia: keupayaan BN mengembalikan dominasi di kawasan Melayu; kemampuan PH mengekalkan gabungan pengundi bandar dan bukan Melayu; dan sejauh mana PN serta Bersatu mampu memecahkan undi Melayu dalam pertandingan tiga penjuru. DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi , dengan 19 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah . Sebelum pembubaran, komposisinya ialah PH 17, BN 14 dan PN 5. Pertukaran pola kerjasama politik menjadikan keputusan 2023 tidak boleh dipindahkan secara langsung kepada PRN 2026.  1. Undi...

Jürgen Klopp and Germany: The Leader Who Makes People Believe Again

A Reflection by Dr Dan.  German football has entered a new and exciting chapter. On 24 July 2026, Jürgen Klopp was officially presented as the new head coach of the German national team. He signed a four-year contract and will officially begin his duties on 15 August 2026. His mission will take Germany towards Euro 2028 and the 2030 FIFA World Cup.  For Germany, this appointment is more than a change of coach. It is an attempt to restore confidence, identity and pride. Klopp is not only a football manager. He is a leader who understands people. He knows how to enter a difficult situation, rebuild confidence and make everyone believe that improvement is possible. As a Liverpool supporter, I have always admired Klopp not only because of the trophies he won. I admire him because of the way he made people feel. He made football meaningful again. From an Ordinary Player to an Extraordinary Leader Klopp did not begin his journey as a famous football star. He spent most of his playin...

Inspirasi Jersi No. 3, Jersi No. 4 dan Semangat Mehmet Durakovic

Saya bukanlah pemain bola sepak yang mempunyai skil luar biasa. Saya tidak mempunyai kawalan bola secantik pemain tengah. Saya juga bukan penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut. Kalau diminta melakukan gerakan menggelecek melepasi dua atau tiga pemain, kemungkinan besar bola itu akan terlepas terlebih dahulu sebelum saya sempat melepasi pemain pertama. Namun, ketika muda, saya bermain dengan sesuatu yang mungkin lebih besar daripada skil— semangat . Saya seorang defender. Cara permainan saya dulu agak keras. Saya tidak mudah memberikan ruang. Saya mungkin kekurangan dari sudut teknik, tetapi saya cuba menampungnya melalui keberanian, disiplin, kekuatan fizikal dan kesungguhan untuk mempertahankan kawasan sendiri. Prinsipnya mudah: pemain lawan boleh melepasi saya atau bola boleh melepasi saya, tetapi seboleh-bolehnya bukan kedua-duanya sekali! Begitulah romantiknya kehidupan seorang pemain pertahanan. Kita jarang menerima pujian apabila pasukan menang, tetapi akan me...