Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cabaran 2018: Tingkat pembabitan Revolusi Industri 4.0 - Dr Dan

https://selangorkini.my/2017/12/cabaran-2018-tingkat-pembabitan-revolusi-industri-4-0/ Cabaran 2018: Tingkat pembabitan Revolusi Industri 4.0 NASIONAL  December 28, 2017 5:00 pm  104 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 28 DIS: Usaha meningkatkan penglibatan lebih banyak pemain industri dalam menjana pembangunan ekonomi berteraskan Revolusi Industri 4.0 secara efektif pada tahun hadapan antara cabaran utama negara. Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Profesor Madya Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, selain Kerajaan Persekutuan, sebagai negeri termaju, Selangor turut berhadapan cabaran sama.

Belanjawan Selangor, belanjawan ‘goverment-in-waiting’ - Dr Dan

dari ChangkatNingkeBTP https://selangorkini.my/2017/11/belanjawan-selangor-belanjawan-goverment-in-waiting/ Belanjawan Selangor, belanjawan ‘goverment-in-waiting’ RENCANA SELANGOR  November 29, 2017 10:02 am  129 OLEH NAZLI IBRAHIM Selepas dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 November lalu dan kemudiannya berhari-hari dibahaskan, akhirnya Belanjawan Negeri Selangor 2018 selamat diluluskan. Kini tiba masa bagi barisan kepimpinan dan jentera Kerajaan Negeri bekerja keras untuk menterjemahkan belanjawan dibentangkan kali ini menjadi realiti kepada rakyat. Sedar tak sedar, belanjawan kali ini merupakan kali keempat dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan seperti biasa, belanjawan ini meneruskan tradisi Kerajaan Pakatan Selangor melahirkan idea-idea segar yang tidak dijangkakan rakyat bahawa sebenarnya banyak perkara boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan.

Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya? - Dr Dan

dari ChangkatNingkeBTP Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya? Apa rakyat dapat jika MB bentang belanjawan di Putrajaya? SELANGOR  November 24, 2017 12:46 pm  151 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 24 NOV: Berbekal peruntukan perbelanjaan RM3.12 bilion dalam Belanjawan Selangor 2018, Kerajaan Negeri berjaya merangka pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, di negeri itu. Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, hal itu sekali gus memberi gambar manfaat yang diperoleh rakyat seluruh negara jika Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diberi peluang merangka bajet Persekutuan dengan peruntukan RM200 bilion.

Inspirasi Za'ba

dari ChangkatNingkeBTP Saya acapkali menggunakan istilah "orang patut-patut" setiap kali ingin merujuk kepada golongan elitis. Istilah itu sebenarnya lahir dari ungkapan Pendita Za'ba. Tokoh besar negara yang namanya gah diabadikan terutama dalam sejarah pendidikan dan bahasa negara ini. Sebenarnya saya mula diperkenalkan secara mendalam berkaitan pemikiran Za'ba sewaktu menyambung pengajian Sarjana di Universiti Malaya pada tahun 2000. Kebetulan saya mengambil subjek Sejarah Malaysia yang dibimbing oleh Profesor Dr Adnan Haji Nawang. Beliau seorang ahli akademik yang cukup gah dan fokus tesis PhD beliau adalah berkaitan Za'ba dan Melayu. Prof Adnan Nawang juga merupakan pakar rujuk berkaitan Pendita Za'ba.

UNISEL proaktif sediakan graduan hadapi revolusi industri 4.0 - Hamdan

dari ChangkatNingkeBTP UNISEL proaktif sediakan graduan hadapi revolusi industri 4.0 PENDIDIKAN SELANGOR  October 7, 2017 4:32 pm  266 OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 7 OKT: Selaras saranan Dato’ Menteri Besar, Universiti Selangor (UNISEL) di bawah kepimpinan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mula mengorak langkah bagi menyediakan graduan yang mampu mengharungi cabaran revolusi industri 4.0. Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, UNISEL menggariskan enam langkah bagi menyediakan graduan lebih bersedia secara holistik bagi mendepani revolusi ini.

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK 2016 : SATU ANALISIS RINGKAS

dari ChangkatNingkeBTP Abstrak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 telah dijalankan pada 7 hb Mei 2016.  Ia melibatkan pemilih biasa sejumlah 1,113,552, 25,022 pemilih awal serta 106 pemilih tidak hadir luar  negara. Sejumlah 82 kerusi Dewan Negeri telah dipertandingkan iaitu penambahan 11 kerusi berbanding PRN kali ke-10, 2011. Politik Sarawak sememangnya berbeza dari segi budaya dan komposisi etnik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat dan khususnya penganalisis politik tempatan mula mengkaji dan ingin mengenali lebih mendalam budaya politik Sarawak. Dari aspek geografi, Sarawak terletak di Kepulauan Borneo bersama Sabah, Brunei dan Indonesia (Kalimantan). Penulisan ini menganalisis secara ringkas keputusan PRN Sarawak 2016 dengan memberi penekanan kepada prestasi parti-parti politik utama yang bertanding.

Program MPU CDFS Mengupayakan OKU

dari ChangkatNingkeBTP Program MPU CDFS Mengupayakan OKU Mahasiswa UNISEL peduli golongan kurang upaya SELANGOR    September 3, 2017 9:46 pm    63 OLEH NAEEM RAFFI SHAH ALAM, 3 SEPT: Komited melahirkan belia dan masyarakat yang prihatin terhadap kanak-kanak istimewa, Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan Program Cakna Insan Autistik dan Disleksia UNISEL 2017, baru-baru ini. Program anjuran mahasiswa yang menyertai kursus Khidmat Masyarakat itu turut memuatkan forum bertajuk ‘Membentuk Generasi OKU yang Cemerlang’.  Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi, Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh selaku moderator membincangkan isu-isu berkenaan golongan kurang upaya disamping memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk mendalami dan menanam sikap hormat serta sayang kepada golongan istimewa. Antara panel yang hadir adalah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Dr Rina Abdul Shukor, Pengarah Gening World Solution...