Langkau ke kandungan utama

Catatan

Thank You Sami Hyypia - Liverpool FC Legend

dari Changkat Ning Thank you Sami Hyypia for 10 years of service for Liverpool FC ... SOME Anfield institutions are rated by the number of great games they have played for the club. It would be more accurate to count the number of great seasons Sami Hyypia has performed in a Liverpool shirt. The Finn joined Liverpool in May 1999 from unheralded Dutch side Willem II. Almost a decade later he is firmly established as one of the most consistent and selfless servants of the modern era at Anfield. As conspicuous as he was on the field – standing six feet four inches with a shock of blond hair – Hyypia preferred to stayed out of the spotlight off it. But the Anfield fans were always keenly aware of his colossal contribution to the Liverpool cause. His efforts did not go unnoticed in his homeland, too, where was crowned footballer of the year a magnificent seven times. All of which makes his transfer fee of £2.5million one of the bargains of modern times. By the time he arrive...

Selamat Hari Guru

dari Changkat Ning Terima kasih kepada semua guru dan pensyarahku , yang mendidik dan membimbingku selama ini dan yang paling penting memberi inspirasi kepadaku untuk menjadi seorang akademia. Sajak 'Guru Oh Guru' nukilan SN Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya) ditujukan khas untuk semua. Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini s...

Iran iktiraf program pengajian di UNISEL

dari Changkat Ning Muhammad Arif Ismail - HarakahDaily.Net Thu | Apr 23, 09 | 3:03:20 pm MYT SHAH ALAM, 23 April (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Dr Halimah Ali hari ini mengumumkan kursus pengajian di Universiti Industri Selangor (Unisel) telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Republik Islam Iran. "Pada 21 April lalu, Dr. Vahid Ali, Research Counsellor and Director for Iranian student affair South Pacific Region, telah menyerahkan surat pengiktirafan Kerajaan Republik Islam Iran terhadap semua kursus di Unisel. "Ini bermakna graduan-graduan dari Unisel tidak akan menghadapi masalah untuk memohon kerja di Republik itu terutama sekali bagi warganegara itu apabila mereka pulang ke tanah air," katanya dalam sidang media yang diadakan semalam. "Mudah-mudahan ia akan menjadi batu lonjatan bagi Unisel untuk terus maju ke hadapan dan menjadi ia satu institusi yang bertaraf antarabangsa," katanya. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk memasuki Univers...

RAYUAN SUMBANGAN/DERMA/SEDEKAH/WAKAF/ZAKAT BAGI PEMBINAAN SURAU AS-SOBIRIN, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG,SELANGOR D.E.

dari Changkat Ning YBhg . Tan Sri/ Puan Sri/ Dato ’/ Datin /Tuan/ Puan , RAYUAN SUMBANGAN/DERMA/SEDEKAH/WAKAF/ZAKAT BAGI PEMBINAAN SURAU AS-SOBIRIN, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG,SELANGOR D.E. Didahului dengan doa semoga YBhg . Tan Sri/ Puan Sri/ Dato ’/ Datin / Tuan/ Puan sentiasa berada dibawah limpah rahmah dan perlindungan daripada Allah S.W.T. Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa pihak AJK Pembinaan Surau As- Sobirin dengan segala hormatnya merayu sumbangan ikhlas dari pihak YBhg . Tan Sri/ Puan Sri/ Dato ’/ Datin /Tuan/ Puan bagi tujuan Pembinaan Surau As- Sobirin . 2. Untuk tujuan itu , bersama ini disertakan alamat untuk menyumbang : TABUNG PEMBINAAN SURAU AS-SOBIRIN No. 12-A-2A, Jalan 7A/2, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Tel : +603-6034 3262 Fax: +603-6034 4262 email: surau.as.sobirin@gmail.com weblog: http :// nurso...

Terkini di Bukit Gantang II

ChangkatNingNetwork Setakat pukul 4, peratus mengundi semakin meningkat walaupun hujan turun dengan lebat pada tengahari. Keadaan jalanraya sesak terutama di Changkat Jering dan Simpang Empat. Adalah dilaporkan hampir 80 % pengundi dari sejumlan 1700 orang keluar mengundi di Kuala Sepetang dan khabarnya memihak kepada YB Ir Nizar. Namun, kawasan Melayu agak tidak menentu terutama di Changkat Jering dan Trong. Peluang masih lagi 50-50. Kawasan bermasalah adalah di DUN Trong yang sewaktu PRU-12 dimenangi oleh ADUN UMNO. Ringkasan dari Harakah : 4.00 petang: Di Sek Ren Jen Keb Cina Phoay Eng, Kuala Sepetang, SPR mengatakan lebih 80 peratus daripada 1700 pengundi sudah keluar mengundi. Berdasarkan pengamatan perayu undi dan petugas SPR, mood pengundi meningkat serta sokongan pengundi Cina memberangsangkan. Dato' Ngeh Koh Ham mengatakan peluang cerah bagi PAS bagi peti undi di Kuala Sepetang. Hujan mulai turun dan petugas pilihan raya mengambil langkah berjaga-jaga. 1.00 petang: Ke...

Terkini di Bukit Gantang

dari Changkat Ning Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik. 12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi. 11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal. 10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN. Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh. Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana. 10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka. Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN ...

Bersama YB Ir Nizar

dari Changkat Ning Pada 4 April 2009, saya berkesempatan bersama calon Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang, YB Ir Hj Mohamad Nizar di sebuah kampung berdekatan dengan Simpang. Sambutan para penduduk amat meriah. Turut serta berkempen adalah YB Sivakumar, YB Dr Hatta dan ramai lagi.