Langkau ke kandungan utama

Catatan

MyCP di MHI TV3

dari ChangkatNingkeBTP Pada 10 September 2013, saya bersama rakan-rakan dari Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) telah diundang menjadi tetamu Malaysia Hari Ini (MHI) TV3. Topik perbincangan berkisar mengenai MyCP, Fasilitasi serta Rehabilitasi anak-anak yang mengalami Cerebral Palsy dan kempen kesedaran mengenai CP. Ia juga bersempena Hari Terbuka MyCP yang telah diadakan pada 8 September 2013 di Shah Alam yang diadakan hasil kerjasama Great Life Physio Centre (GLP). Aktiviti seterusnya buat MyCP adalah Sambutan Hari Cerebral Palsy Sedunia yang akan diadakan pada 28 September 2013.

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN MERUNCING

dari ChangkatNingkeBTP Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-di.html Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian da...

ISU SOSIAL : NILAI KESEJAHTERAAN SOSIAL

dari ChangkatNingkeBTP GEJALA sosial mempunyai kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu dan sesebuah negara. Perlakuannya yang negatif secara terus menyebabkan situasi baru iaitu economic dysfunctioning.  Economic dysfunctioning berkaitan kemiskinan, pengangguran dan penghijrahan sama ada dari dalam atau luar bandar yang mampu dilihat sebagai masalah sosial, selain faktor pendorong kepada pelbagai lagi masalah yang bakal dihasilkan.  Realitinya, masalah sosial menyebabkan peningkatan kos sosial, sekali gus menjejaskan keseimbangan pembangunan negara.